Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label 9 Golongan Kritikal. Show all posts
Showing posts with label 9 Golongan Kritikal. Show all posts

Warga Emas Dakwa Dipinggir Tujuh Anak Kandung


Nama    : Daut @ Kasim Jali
Umur     : 81 tahun
Isteri 1   : Sofiah Ngah (77 tahun)
Isteri 2   : Rokiah (63 tahun)
Anak     : 4 Lelaki, 3 perempuan (41-58 tahun)
Negeri   : Melaka

Aset - 4juta :
a) 3 Stesen minyak
b) 2 ladang sawit
c) Ladang ternak ayam
d) Saham Syarikat Daut Ploutry Farm Enterprise
e) Rumah di Cheras -600k
f) Simpanan semasa - 100k
g) Deposit overdraf perniagaan - 800k

Kes :
1. Ditipu anak kandung sendiri
2. Aset telah diagihkan kepada 7 orang anaknya
3. Anaknya telah meminggirkan beliau
4. Kos rawatan dan perbelanjaan harian tidak diberikan oleh anak-anaknya
5. Bekerja semula untuk menampung nafkah
6. Kes akan disebut pada 20 Januari 2015

Berita lengkap di sini

Jika anda mempunyai aset dan mempunyai hasrat untuk memberikan kepada anak-anak atau sesiapa sahaja tanpa memudaratkan diri sendiri serta penerima, maka perlu anda memikirkan beberapa persoalan :

1. Apakah harta yang ingin diagihkan?
2. Bagaimana bentuk perancangan anda?
3. Apakah manfaat yang anda inginkan sekiranya harta telah diberikan kepada penerima?
4. Berapa kos menukar pemilikkan harta anda kepada penerima?
5. Apakah pilihan-pilihan yang ada untuk manfaat penerima (ayah) dan pemberi (anak-anak)

Dapatkan penerangan secara lengkap dan profesional dari kami secara percuma. Harta anda, tanggungjawab anda.

"Urus & Rancang Harta Secara Syarak, Mudah dan Komprehansif"

PEWARISAN PERNIAGAAN ANDA / HIBAH SYARIKAT


Apa itu hibah?

Dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya.

Dari segi istilahnya ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

Hukum dan pensyariatan hibah
Dari segi hukum, hibah adalah satu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga yang terdekat. Firman Allah S.W.T :

"kemudian jika mereka Dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya" (Surah an-Nisa, ayat 4)

Rukun Hibah

Rukun-rukun hibah mestilah dipenuhi agar akad tersebut sah iaitu :
1. Pemberi hibah (al-wahib)
2. Penerima hibah (al-mawhub lahu)
3. Barang atau harta yang dihibahkan (al-mawhub)
4. Sighah iaitu ijab dan qobul

Dan syarat tambahan (syarat luzum) dalam Mazhab Syafie penerimaan barang (al-qabdu)

Situasi perniagaan Umat Islam hari ini

Umat Islam di Malaysia hari ini dilihat positif dalam perniagaan. Tetapi sayang, hala tuju syarikat selepas kematian pemilik saham masih dalam kesamaran. Persoalan demi persoalan, mereka masih lagi belum memiliki jawapannya .

Siapakah yang akan meneruskan legasi perniagaan mereka?
Apakah bentuk perjanjian yang dipegang oleh pemilik-pemilik saham?
Apakah kesan syarikat tanpa ada hibah perniagaan?
Berapakah kos yang dikenakan terhadap waris mereka untuk mendapatkan probet?

Peranan Wasiyyah Shoppe

Wasiyyah Shoppe merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang menumpukan sepenuhnya dalam pewarisan secara Syariah. Dalam situasi ini, bagi mereka yang mempunyai saham atau perniagaan hendaklah mengetahui kesan-kesan apabila ketiadaan mereka (iaitu mati). Anda boleh merujuk pada perunding-perunding kami di sini

Hibah perniagaan anda?

Secara asas perniagaan anda boleh dihibah. Segala aktiviti dan perjalanan perniagaan anda tidaklah menjadi skop yang kecil apabila anda telah membuat hibah. Peranan anda di dalam syarikat tetap sama cuma yang membezakannya apabila berlaku kematian, segala perhitungan berjalan lancar. Begitu juga kos/fi yang dikenakan terhadap waris yang menggantikan anda telah pun diketahui sebelum kematian berlaku.

Apa yang ditakuti pengganti/ waris anda ialah berapakah kos tersembunyi untuk menggantikan anda?

Di Wasiyyah Shoppe, anda telah mengetahui apakah peranan anda dan berapa kos dikenakan terhadap anda iaitu tanpa kos-kos tersembunyi.

Apakah kos-kos tersembunyi?

Antara kos-kos tersembunyi tersebut termasuklah nilai harta, penyimpanan, perjalanan, penfailan, guaman, penterjemahan, carian rasmi, pesuruhjaya sumpah dan banyak lagi

Di mana hibah perniagaan disahkan

Hibah adalah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Justeru itu pengishtiharan hibah perniagaan ini diperolehi di Mahkamah Tinggi Syariah.

Wasiyyah Shoppe telah menerima perintah hibah perniagaan di mahkamah?

Ya, kami telah menerimah perintah tersebut.


MUALLAF INGIN BERJASA PADA IBU AYAH BUKAN ISLAM?

Tahukah anda bahawa seseorang yang telah memeluk Islam TIDAK boleh memberikan harta pusakanya pada AYAH, IBU dan WARISNYA yang BUKAN ISLAM?

Mengikut hukum faraid, pembahagian harta pusaka bagi penerima yang berhak adalah pada yang beragama Islam sahaja. Namun, sekiranya saudara Islam baru ini berhasrat untuk memberikan sebahagian hartanya, instrument HIBAH adalah yang terbaik boleh dilaksanakan.

Apa Itu Dokumen Hibah? Secara Amnya, dokumen HIBAH adalah dokumen yang dibuat semasa HIDUP dan dilaksanakan apabila tiba kematian pembuat dokumen hibah ini tadi. Segala nama di geran akan terlaksana penukaran nama penerima hibah SELEPAS KEMATIAN. Yang menariknya, dokumen hibah ini tadi boleh diletakkan SYARAT tertentu untuk meyelesaikan 'maslahah' yang mungkin dihadapi waris ini nanti. Asalkan ia tidak melanggar HUKUM SYARAK.

Antara contoh HIBAH BERSYARAT:
- membenarkan isteri pada si mati untuk tinggal di rumah tersebut selagi ada hayatnya.
- hasil dari sewaan rumah ini mestilah sebahagiannya diberikan pada ibu.
- memberi sebahagian ruang di halaman rumah untuk ayah menjalankan perniagaan nasi lemaknya.

"ISLAM ITU INDAH"

------------------------------

ANDA MUNGKIN MEMINATI:
KLIK: Kelebihan Berpoligami?
KLIK: (VIDEO di TV3) Kenapa Wasiyyah Shoppe?
KLIK: Wasiyyah Shoppe Di FELDA

Facebook Page:
www.facebook.com/InfoHartaPusaka

Website/Blog:
www.infohartapusaka.blogspot.com


TIDAK BERKAHWIN, PADA SIAPA HARTA HENDAK DIBERIKAN?

Merupakan antara kajian kes kami yang biasanya harta pusaka bagi golongan ini terbiar dan tidak dituntut oleh waris yang hak iaitu ayah atau adik beradik arwah.

Kebanyakannya beranggapan harta ini sukar untuk dituntut kerana apabila adik-beradik arwah telah berkahwin dan mempunyai keluarga yang juga mempunyai harta mereka sendiri tanpa mengendakan harta peninggalan arwah atas sebab kekangan masa, kos yang tinggi dan sebagainya.

Bagi mengelakkan perkara seperti ini terus berlaku, jalan yang terbaik adalah melaksanakan dokumen HIBAH semasa hidup arwah yakni perancangan sebelum datangnya kematian. 

Kebiasaan golongan yang tidak/belum berkahwin di usia lewat ini mempunyai anak buah yang lebih cenderung dikasihi yang mungkin mengalami masalah kewangan bagi melanjutkan pengajian dan merancang untuk membahagikan hartanya untuk badan kebajikan sebagai persediaan untuk 'saham'nya di akhirat kelak.

Perancangan seperti ini semasa hidupnya amat perlu agar harta yang ditinggalkan ini nanti tidak terbeku dan dapat diambil manfaatnya untuk masyarakat.
Website:
Facebook Page:

TIADA ANAK? HARTA BERI PADA SIAPA?

Pasangan yang tidak mempunyai anak selama ia berkahwin merupakan suatu situasi yang kritikal dalam 9 golongan yang memerlukan penyediaan dokumen HIBAH semasa hidupnya.

Katakan..

Suami meninggal dunia dan suami ini tidak mempunyai ibu dan ayah. Yang ada adalah adik beradik suami. Maka, hak harta pusaka suami pada isterinya hanyalah 1/4 bahagian mengikut aturan hukum faraid.

Bakinya mempunyai 3/4 bahagian lagi akan dibahagikan pada adik-beradik arwah suami. 

Harta ini bukan hanya pada asset cair sahaja (Contohnya: duit atau emas) sahaja, tetapi juga pada asset tidak cair seperti tanah atau rumah perlu dibahagikan mengikut pembahagian faraid seperti diterangkan di atas tadi. 

Situasi yang lebih kritikal adalah apabila arwah suami meninggalkan rumah yang didiami bersama sepanjang hidupnya. Kebarangkalian tinggi untuk isteri ini terpaksa menjual dan meninggalkan rumah yang penuh memori bersama arwah suami ini ada bagi menyelesaikan pembahagian bersama adik-beradik suami yang juga mempunyai hak terhadap rumah ini.

Bagi kami, golongan ini MESTI membuat dokumen HIBAH semasa hidup suami untuk menjaga kesejahteraan selepas kematian suami ini nanti. :-)

Semoga mendapat lebih pencerahan. Insya-Allah..
Sebarang persoalan bolehlah hubungi kami dengan klik:

ANAK ANGKAT TIADA HAK?


Tahukah anda bahawa anak angkat anda tiada bahagian langsung bahagian terhadap harta yang anda tinggalkan mengikut struktur HUKUM FARAID? Malah jika anda melakukan WASIAT semasa hidup anda, dokument wasiat anda ini boleh TERBATAL jika ada waris yang mencabarnya!

Ya! Hasrat anda yang murni untuk membahagikan sebahagian harta anda pada anak angkat ini tidak akan terlaksana! Ini bukanlah apa yang kita inginkan!

Untuk kes yang KRITIKAL sebegini, dokumen yang terbaik dan terjamin hasrat untuk anda memberikan sebahagian daripada harta adalah DOKUMEN HIBAH. Dokumen hibah ini merupakan perlaksanaan perancangan anda SEMASA HIDUP yang mesti disahkan oleh MAHKAMAH SYARIAH sebelum ia dibawa ke PEJABAT PUSAKA KECIL atau MAHKAMAH TINGGI SIVIL apabila ia diperlukan semasa proses pembahagian harta nanti.    

Sebarang persoalan berkenaan HIBAH, WASIAT, ATAUPUN HARTA PUSAKA, hubungi kami dengan KLIK link di bawah:


Facebook Page: