Terutamanya untuk memiliki rumah yang luar daripada kemampuan suami sahaja atas sebab untuk memiliki rumah yang lebih selesa. Maka, bantuan daripada isteri amat membantu. Ia juga lebih dikenali..
"Slip gaji suami isteri."
Ramai yang berpendapat, apabila salah seorang meninggal dunia, secara automatiknya rumah itu kini milik pasangannya yang masih hidup. Ia ibarat 'syurga ini Ana yang punya!' TIDAK! IA BUKAN BEGITU!
Katakanlah..
Si suami meninggal dunia, separuh bahagian rumah itu adalah milik si arwah yang perlu difaraidkan jika tiada sebarang dokumen perancangan dilakukan semasa hidup.
Jika rumah itu disewakan, separuh keuntungan sewa itu perlu disalurkan pada mereka yang berhak menerimanya mengikut aturan faraid yang telah ditetapkan. Jika tidak, dikhuatiri harta yang kita ambil sebenarnya ada hak orang lain (harta bathil).
Dalam kes ini, situasi yang kritikal adalah apabila SUAMI MENINGGAL DUNIA, meninggalkan isteri dan anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki) yang tinggal di rumah tersebut dan arwah suami tiada meninggalkan sebarang perancangannya selepas kematian. Bahagian hak suami separuh rumah mengikut hukum faraid, adik beradik arwah suami mempunyai sebahagian hak terhadap rumah itu.
Kebarangkaliannya ada untuk isteri dan anak perempuan ini terpaksa keluar dan mencari rumah sewa kerana terpaksa menjual rumah yang diduduki ini tadi. Rumah tersebut terpaksa dijual untuk membahagikan hak pada adik-beradik arwah. RUMAH YANG MENINGGALKAN SERIBU MAKNA DAN KENANGAN INI TERPAKSA DILEPASKAN..
Dalam situasi ini, perancangan HIBAH adalah jalan yang terbaik semasa arwah suami masih hidup untuk memastikan apabila kematiannya nanti rumah ini akan terus dijadikan sebagai tempat tinggal pada isteri dan anak perempuannya tadi.

Moga kita mendapat lebih pencerahan. Insya-Allah..
Facebook Page:
www.facebook.com/infohartapusaka
Website:
www.infohartapusaka.blogspot.com
EmoticonEmoticon