Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda

FARAID ASAS: SUAMI KEMATIAN ISTERI

Faraid Asas: Hak Suami 1/2 atau 1/4 Bahagian 

Tahukah anda bahawa hak suami terhadap harta yang ditinggalkan oleh isteri (harta pusaka) hanya tertakluk pada 2 jenis pembahagian mengikut aturan faraid ini sahaja:

1. Bahagian faraid 1/2.
Dalam situasi ini, ia terjadi apabila pasangan ini tidak mempunyai anak sepanjang hidup bersama isteri. Apabila kematian isteri berlaku, bahagian hak suami terhadap harta isteri mengikut HUKUM FARAID adalah 1/2 bahagian.

2. Bahagian faraid 1/4.
Situasi ini terjadi apabila pasangan ini mempunyai anak sepanjang kehidupan bersama isteri. Apabila kematian isteri berlaku, bahagian hak suami terhadap harta isteri mengikut HUKUM FARAID adalah 1/4 bahagian.

Semoga mendapat lebih penceraha. Insya-Allah..

Facebook Page:
www.facebook.com/infohartapusaka
Website:
www.infohartapusaka.blogspot.com


EmoticonEmoticon