Seminar Hibah Kebangsaan 2014 telah berlangsung dengan jayanya bersama dengan panel yang hebat terutamanya dalam bidang undang-undang dan syariah.
Lokasi: Institut Sosial Malaysia
Waktu: 9 pagi hingga 5 petang
Panel Pembentang:
1. Prof. Mohd Ridzuan Awang
2. Ustzh Noor Lizza Mohamed Said
3. Ust. Mohd Zamro Muda
Panel Jemputan:
Ust. Badli Shah Alauddin
Sememangnya ia suatu program pengisian yang padat pencerahan ilmu berkenaan pengurusan dan perancangan harta pusaka satu persatu dikupas oleh setiap panel yang hadir pada kali ini.
Prof. Mohd Ridzuan Awang
Lebih membincangkan pada tajuk HIBAH SEBAGAI INSTRUMENT PERANCANGAN HARTA.
Ust. Mohd Zamro Muda
Membincangkan lebih pada kepakarannya tentang ilmu faraid. Tajuk yang dibawa adalah KEPENTINGAN KEFAHAMAN ILMU FARAID KE ARAH PERANCANGAN HARTA.
Ustzh Noor Lizza Mohamed Said
Perbincangan lebih tertumpu pada keadilan hak wanita dalam ilmu faraid, pengurusan dan perancangan harta pusaka. Tajuknya adalah BAGAIMANA HIBAH MEMBANTU MENJAGA KEPENTINGAN WANITA.
Sesi petang selepas rehat dan solat Zohor, program disambung dengan ceramah yang sangat menarik disampaikan oleh Ustaz Badli Shah Alauddin. Juga berkenaan kepentingan perancangan dan pengurusan harta pusaka.
Info Foto: Suasana Meriah Perbincangan Selepas Selesai Program
Facebook Page:
Website:
EmoticonEmoticon