Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda

FARAID ASAS: SUAMI BERISTERI 3


Situasi di atas menerangkan kejadian apabila suami meniggal dunia dan mempunyai 3 orang isteri. Harta pusaka peninggalan arwah suami mengikut hukum aturan faraid adalah 1/24 bahagian bagi setiap seorang.

Kedudukan pembahagian mengikut hukum faraid ini adalah sama tanpa diskriminasi mengira kelebihan isteri 1 atau kelebihan isteri 2. Sebagai contoh: Isteri 1 hidup lebih lama bersama suami atau lebih tua berbanding 2 isteri yang lain. Ataupun isteri 2 mempunyai lebih ramai anak berbanding isteri 1 dan isteri 3. 

Jika suami ingin merancang untuk membahagikan mengikut formula sendiri berdasarkan kasih sayang atau nilai sentimental yang tinggi kepada isteri 1 kerana  (contoh) pernah bersama-sama hidup susah ketika di awal perkahwinannya ATAU (contoh) isteri 3 mempunyai anak kurang upaya dengan niat memberikan lebih dari itu, dokumen HIBAH adalah yang terbaik kemudahan perancangan yang boleh dilakukan semasa hidup suami.

Kedudukan HIBAH adalah terkeluar daripada HARTA PUSAKA.

Info lanjut untuk penerangan percuma segalanya berkenaan perancangan dan pengurusan harta pusaka, hubungi kami dengan KLIK link dibawah:



EmoticonEmoticon