Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda

FARAID ASAS: ISTERI KEMATIAN SUAMI

Faraid Asas: Hak Isteri 1/4 Atau 1/8 Bahagian

Apabila situasi isteri yang kematian suami (jika suami beristeri 1), hak harta suami terhadap isteri mengikut hukum faraid (harta pusaka) terdapat 2 asas utama iaitu:

1. Bahagian faraid 1/4.
Dalam situasi ini, ia terjadi apabila pasangan suami isteri ini tidak mempunyai anak. Apabila kematian suami berlaku, bahagian hak isteri terhadap harta suami mengikut HUKUM FARAID adalah 1/4 bahagian.

2. Bahagian faraid 1/8.
Situasi ini terjadi apabila pasangan ini mempunyai anak sepanjang kehidupan bersama suami. Apabila kematian suami berlaku, bahagian hak isteri terhadap harta suami mengikut HUKUM FARAID adalah 1/8 bahagian.

Info lanjut untuk penerangan percuma segalanya berkenaan perancangan dan pengurusan harta pusaka, hubungi kami dengan KLIK link dibawah:


Semoga kita semua mendapat lebih pencerahan dan pemahaman. Insya-Allah..

Facebook Page:
Website:


EmoticonEmoticon