Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda

PRODUK HIBAH WASIYYAH PATUHI HUKUM SYARAK


KUALA LUMPUR 22 Jun – Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd., organisasi pakar dalam perancangan harta pusaka Islam memberi jaminan kesemua produknya terutama Hibah mematuhi hukum syarak dan berkuatkuasa dari segi undang-undang syariah.

Pengerusi Panel Penasihat Syariahnya, Profesor Mohd. Ridzuan Awang berkata, kesemua produk Wasiyyah Shoppe telah mendapat pengesahan patuh syariah dari pa­n­elnya.

Katanya, sebagai Panel Penasihat Syariah, tanggungjawab utama mereka adalah memantau, memeriksa, menambah baik dan memastikan kesemua format produk mengikut peruntukan undang-undang syariah berkaitan dan tidak bercanggah dengan hukum syarak.

“Sebanyak 21 format produk Hibah telah diperiksa dengan teliti oleh Panel Penasihat Syariah dan diluluskan sebagai patuh syariah sehingga 31 Disember 2014.

“Antaranya ialah Hibah Hartanah, Hibah tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Hibah Saham Syarikat bagi pewarisan perniagaan, Hibah Kenderaan, Hibah Barang Kemas dan beberapa Hibah harta yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Umat Islam di Malaysia tidak perlu ragu-ragu dengan format berkenaan kerana selain daripada ia diluluskan sebagai patuh syariah, banyak perintah pengesahan Hibah diperoleh dari Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Mahkamah tersebut telah mengesahkan bahawa Hibah yang dibuat oleh Wasiyyah Shoppe adalah sah dan berkuatkuasa dari segi undang-undang Syariah Malaysia.

"Umat Islam sering keliru mengenai hibah dan wasiat"

Umat Islam sering keliru mengenai perbezaan Hibah dan Wasiat, kebanyakan mereka sebenarnya mahukan instrumen untuk membahagikan harta mereka kepada sesiapa yang mereka kehendaki sama ada waris atau bukan waris.

Hasrat itu hanya boleh dicapai melalui Hibah. Wasiat pula jika dibuat kepada waris perlu mendapat persetujuan kesemua waris selepas kematian pewasiat.

Wasiyyah Shoppe merupakan penyedia Dokumen Hibah terbanyak di Malaysia dengan jumlah pelanggan yang membuat Hibah dengannya seramai 19,370 daripada keseluruhan portfolio pelanggan sebanyak 36,000 setakat 31 Disember 2014.

Sumber
Berita Utusan, 23 Jun 2015

Untuk mendapatkan runding cara urus dan rancang harta pusaka anda bolehlah berhubung dengan Dai'e Wasiyyah kami di sini