Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda

POLIGAMI: PEMBAHAGIAN FARAID


Semua sedia maklum bahawa poligami merupakan antara topik hangat yang selalu dipersoalkan terutamanya di dalam kes pengurusan HARTA PUSAKA.

Tahukah kita bahawa PEMBAHAGIAN PUSAKA sekiranya meninggalnya suami ini tadi berapa bahagian FARAID pada isteri-isteri yang ditinggalkannya? 

Secara ringkasnya, bahagian isteri-isteri ini mengikut hukum FARAID sekiranya mempunyai anak adalah:

Suami beristeri 1: 1/8 bahagian seorang
Suami beristeri 2: 1/16 bahagian bagi setiap seorang
Suami beristeri 3: 1/24 bahagian bagi setiap seorang 
Suami beristeri 4: 1/32 bahagian bagi setiap seorang  

Tanpa kompromi pembahagian setiap isteri-isterinya samaada segi nilai sentimental 'tempoh lama hidup bersama' berbanding isteri-isteri yang lain. Semuanya sama pembahagian.

Sekiranya kesedaran suami semasa hidupnya berhasrat untuk membahagikan mengikut kehendak dan kasih sayang semasa hidup, DOKUMEN HIBAH ini memainkan peranan penting.

"HIBAH ini terlaksana semasa HIDUP,
PENGURUSANNYA dilakukan selepas KEMATIAN."

------------------------

LIKE FB Page kami: www.facebook.com/InfoHartaPusaka

ANDA MUNGKIN MEMINATI:

KLIK: (Video) Hibah & Proses Penukaran Nama
KLIK: (Struktur Faraid) FARAID ASAS
KLIK: Bersama Sahabat Perjuangan Dahulu

PEWARISAN PERNIAGAAN ANDA / HIBAH SYARIKAT


Apa itu hibah?

Dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya.

Dari segi istilahnya ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

Hukum dan pensyariatan hibah
Dari segi hukum, hibah adalah satu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga yang terdekat. Firman Allah S.W.T :

"kemudian jika mereka Dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya" (Surah an-Nisa, ayat 4)

Rukun Hibah

Rukun-rukun hibah mestilah dipenuhi agar akad tersebut sah iaitu :
1. Pemberi hibah (al-wahib)
2. Penerima hibah (al-mawhub lahu)
3. Barang atau harta yang dihibahkan (al-mawhub)
4. Sighah iaitu ijab dan qobul

Dan syarat tambahan (syarat luzum) dalam Mazhab Syafie penerimaan barang (al-qabdu)

Situasi perniagaan Umat Islam hari ini

Umat Islam di Malaysia hari ini dilihat positif dalam perniagaan. Tetapi sayang, hala tuju syarikat selepas kematian pemilik saham masih dalam kesamaran. Persoalan demi persoalan, mereka masih lagi belum memiliki jawapannya .

Siapakah yang akan meneruskan legasi perniagaan mereka?
Apakah bentuk perjanjian yang dipegang oleh pemilik-pemilik saham?
Apakah kesan syarikat tanpa ada hibah perniagaan?
Berapakah kos yang dikenakan terhadap waris mereka untuk mendapatkan probet?

Peranan Wasiyyah Shoppe

Wasiyyah Shoppe merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang menumpukan sepenuhnya dalam pewarisan secara Syariah. Dalam situasi ini, bagi mereka yang mempunyai saham atau perniagaan hendaklah mengetahui kesan-kesan apabila ketiadaan mereka (iaitu mati). Anda boleh merujuk pada perunding-perunding kami di sini

Hibah perniagaan anda?

Secara asas perniagaan anda boleh dihibah. Segala aktiviti dan perjalanan perniagaan anda tidaklah menjadi skop yang kecil apabila anda telah membuat hibah. Peranan anda di dalam syarikat tetap sama cuma yang membezakannya apabila berlaku kematian, segala perhitungan berjalan lancar. Begitu juga kos/fi yang dikenakan terhadap waris yang menggantikan anda telah pun diketahui sebelum kematian berlaku.

Apa yang ditakuti pengganti/ waris anda ialah berapakah kos tersembunyi untuk menggantikan anda?

Di Wasiyyah Shoppe, anda telah mengetahui apakah peranan anda dan berapa kos dikenakan terhadap anda iaitu tanpa kos-kos tersembunyi.

Apakah kos-kos tersembunyi?

Antara kos-kos tersembunyi tersebut termasuklah nilai harta, penyimpanan, perjalanan, penfailan, guaman, penterjemahan, carian rasmi, pesuruhjaya sumpah dan banyak lagi

Di mana hibah perniagaan disahkan

Hibah adalah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Justeru itu pengishtiharan hibah perniagaan ini diperolehi di Mahkamah Tinggi Syariah.

Wasiyyah Shoppe telah menerima perintah hibah perniagaan di mahkamah?

Ya, kami telah menerimah perintah tersebut.