Merupakan antara kajian kes kami yang biasanya harta pusaka bagi golongan ini terbiar dan tidak dituntut oleh waris yang hak iaitu ayah atau adik beradik arwah.
Kebanyakannya beranggapan harta ini sukar untuk dituntut kerana apabila adik-beradik arwah telah berkahwin dan mempunyai keluarga yang juga mempunyai harta mereka sendiri tanpa mengendakan harta peninggalan arwah atas sebab kekangan masa, kos yang tinggi dan sebagainya.
Bagi mengelakkan perkara seperti ini terus berlaku, jalan yang terbaik adalah melaksanakan dokumen HIBAH semasa hidup arwah yakni perancangan sebelum datangnya kematian.
Kebiasaan golongan yang tidak/belum berkahwin di usia lewat ini mempunyai anak buah yang lebih cenderung dikasihi yang mungkin mengalami masalah kewangan bagi melanjutkan pengajian dan merancang untuk membahagikan hartanya untuk badan kebajikan sebagai persediaan untuk 'saham'nya di akhirat kelak.
Perancangan seperti ini semasa hidupnya amat perlu agar harta yang ditinggalkan ini nanti tidak terbeku dan dapat diambil manfaatnya untuk masyarakat.
ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO ILMU INI:
KLIK: Hak Isteri Daripada Suami Berkahwin Lebih Daripada 1
KLIK: Apa Kelebihan Wasiyyah Shoppe Berbanding Syarikat Lain?
KLIK: Kenapa Perlu Beli Harta Arwah Ayah Sendiri?
Website:
Facebook Page:
EmoticonEmoticon