Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda

FARAID ASAS: SUAMI BERISTERI 4


Keadaan ini berlaku apabila suami meninggalkan dunia dan meninggalkan 4 orang isteri. Harta pusaka peninggalan arwah suami mengikut hukum aturan faraid adalah 1/32 bahagian bagi setiap seorang. 

Kedudukan pembahagian mengikut hukum faraid ini adalah sama tanpa diskriminasi mengira kelebihan isteri 1 atau 2 dan 3. Sebagai contoh: Isteri 1 mempunyai pengalaman mengalami kehidupan susah semasa di awal perkahwinan, sanggup ke tempat kerja dengan hanya menaiki motosikal Honda C70 dengan berpanas dan berhujan sejauh 35km. Manakala isteri 4 yang muda ini selepas berkahwin, terus tinggal di kondo mewah.

Jika suami ingin merancang untuk membahagikan mengikut pembahagian secara kasih sayang yang lebih pada isteri 1 yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi seperti diterangkan di atas tadi, dokumen HIBAH adalah yang tepat dan terbaik kemudahan perancangan yang boleh dilakukan semasa hidup suami.

Kedudukan HIBAH adalah terkeluar daripada HARTA PUSAKA.

Info lanjut untuk penerangan percuma segala berkenaan perancangan dan pengurusan harta pusaka, hubungi kami dengan KLIK link di bawah:


EmoticonEmoticon