- HIBAH -
Definisi:
"Pemberian di atas dasar kasih sayang kepada mana-mana pihak tanpa mengharapkan balasan."
Harta yang boleh dihibah:
Hartanah, kenderaan, barang kemas, akaun Tabung Haji.
Penerima:
Terdiri daripada sesiapa pun individu mahupun organisasi.
- WASIAT -
Definisi:
"Pemberian harta pusaka kepada BUKAN WARIS pada tahap maksima 1/3 selepas kematian pewasiat."
Penerima:
Mestilah terdiri daripada BUKAN WARIS yang tidak menerima harta pusaka mengikut Hukum Faraid.
Secara kesimpulannya,
Dokumen hibah ini merupakan suatu perancangan pemberian semasa hidup kepada sesiapa pun yang kita hendaki apabila kita telah mati nanti. Ia termasuklah kepada waris atau yang bukan waris. Contoh bukan waris: Anak angkat, saudara Islam yang ingin memberikan pada ibu atau ayahnya yang bukan Islam ataupun pada badan kebajikan / sekolah Tahfiz. Ia ibarat hadiah yang tiada had pada sesiapapun yang kita inginkan.
Ia sangat berbeza dengan dokumen wasiat yang terhad pada 1/3 daripada nilai harta sahaja. Malah tidak boleh langsung diberikan pada waris. Namun sekiranya waris tidak setuju atau menentang, secara automatiknya harta tersebut dibahagikan mengikut pembahagian Faraid. Konflik di sini, hajat arwah tidak dapat dilaksana seperti yang dia inginkan.
Semoga lebih pencerahan. Insya-Allah..
Facebook Page:
www.facebook.com/hartapusaka
SMS / WhatsApp / Telegram:
019 2010 107
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon