Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label Aktiviti Masjid. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Masjid. Show all posts

Aktiviti Bulan November


 Tajuk : Kesinambungan Pewarisan Ummah
Antara topik dibincangkan :

1. Hubungan antara usahawan dengan pemilikan saham syarikat, liabiliti/ tanggungan syarikat
2. Hak-hak mutlak sebagai usahawan/ pemilik syarikat atas aset syarikat dan bisnes
3. Kesan pemilikan saham pada pemegang saham
4. Perlaksanaan hibah perniagaan di peringkat perundangan


Tajuk : Seminar Hibah
 Antara topik dibincangkan

1. Masalah dalam pewarisan harta Umat Islam
2. Kaedah Syarak dan keselarian dalam perundangan Malaysia dalam pengurusan dan perancangan harta
3. Faraid asas dan waris-waris yang layak
4. Hibah sebagai alternatif dalam perancangan harta umat Islam
5. Kos yang mahal meyebabkan waris terbeban untuk mewarisi harta si mati


PROGRAM RAKAN MAWARITH DI MASJID SULTAN ABDUL AZIZ, PULAU INDAH

Alhamdulillah.. Telah terlaksananya program perasmian Rakan Mawarith di Masjid Sultan Abdul Aziz, Kg. Perigi Nenas, Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Program yang berlangsung selama 2 hari ini (13 & 14hb Jun 2014) merupakan satu program usahasama antara pihak masjid dan Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. Bagi membantu dan menyedarkan khariah sekitar masjid ini bertapa pentingnya perancangan dan pengurusan harta serta pusaka. 

Antara kelebihan program ini kepada masyarakat setempat adalah untuk menjadikan masjid sebagai rujukan berkenaan harta dan pusaka yang selama ini sukar untuk 'dicairkan' bagi manafaat pada waris yang kini nilainya telah mencecah lebih daripada RM60 billion terbeku dan tidak dapat diambil manafaatnya.

Program yang julung-julung kalinya diadakan di masjid ini telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Perigi Nenas iaitu En. Zulkifli Bin Abdul Wahab.

Selain majlis perasmian ini dilaksanakan, pada keesokkan harinya 14hb Jun 2014, ceramah dan klinik berkenaan dengan Pentingnya Pengurusan & Perancangan Harta Pusaka yang disampaikan oleh wakil Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. iaitu Ust. Sallehudin Ariff.

  

Insya-Allah, program yang selanjutnya akan menyusul selepas ini di sini seperti program ceramah bulanan yang akan disampaikan oleh wakil Wasiyyah Shoppe sendiri bagi meneruskan kesinambungan aktiviti kesedaran kepada masyarakat agar ia berterusan.



Website:
www.infohartapusaka.blogspot.com
Facebook Page:
www.facebook.com/infohartapusaka