Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label Asas Faraid. Show all posts
Showing posts with label Asas Faraid. Show all posts

FARAID ASAS: NENEK KEPADA SI MATI

Situasi ini terjadi apabila si mati yang masih mempunyai NENEK yang masih hidup. Mengikut HUKUM FARAID, terdapat 2 situasinya iaitu:

1. Bahagian Faraid 1/6.
Hanya mendapat bahagian sekiranya ibu kepada si mati ini sudah tiada atau meninggal dunia (sekiranya ibunya masih ada/hidup, nenek akan terhalang daripada mewarisi harta pusaka si mati).

2. Bahagian Faraid Terhalang (2 situasi):

- Nenek SEBELAH IBU akan terhalang daripada mewarisi sekiranya terdapat IBU kepada si mati.

- Nenek SEBELAH BAPA akan terhalang daripada mewarisi sekiranya terdapat IBU ATAU BAPA kepada si mati.


------------------------------

ANDA MUNGKIN MEMINATI:
KLIK: Carta Proses Pengurusan Harta Pusaka
KLIK: (VIDEO) Beli Harta Arwah Ayah Sendiri?!!
KLIK: Tidak Mempunyai Anak? Pusaka Hak Siapa?

Facebook Page:
www.facebook.com/InfoHartaPusaka
Website/Blog:
www.infohartapusaka.blogspot.com

#InfoHartaPusaka
#HartaPusaka #WasiyyahShoppe

FARAID ASAS: ANAK LELAKI KEPADA SI MATI


Situasi ini terjadi apabila si mati mempunyai anak lelaki. Mengikut HUKUM FARAID, terdapat 3 situasi yang berbeza iaitu:

1. Bahagian Faraid: *ASABAH UNTUK SEORANG ANAK LELAKI. Situasi ini terjadi sekiranya si mati meninggalkan seorang anak lelaki sahaja dan tiada anak perempuan. 

2. Bahagian Faraid: ASABAH (BI AL-NAFS) DIBAHAGI SAMA BANYAK DIKALANGAN ANAK LELAKI. Sekiranya si mati meninggalkan lebih daripada seorang anak lelaki dan tiada anak perempuan.

3. Bahagian Faraid: ASABAH BI AL-GHAYR (Nisbah 2:1). Sekiranya si mati meninggalkan anak lelaki dan anak perempuan. 

*ASABAH = Baki Penghabisan 

------------------------------

ANDA MUNGKIN MEMINATI:

Facebook Page:
Website/Blog:

#InfoHartaPusaka
#HartaPusaka



FARAID ASAS: DATUK KEMATIAN CUCU (SI MATI)

Situasi yang mana cucu kepada datuk tersebut meninngal dunia dan meninggalkan harta.

Bahagian FARAID yang datuk perolehi adalah SAMA SEPERTI BAPA iaitu hanya mendapat bahagian sekiranya TIADA BAPA (sekiranya ada bapa, datuk ini terhalang dari mewarisi).

Bermakna, sekiranya ayah si mati telah tiada, terdapat 3 jenis pembahagian iaitu:

1. Bahagian Faraid 1/6.
- Sekiranya si mati meninggalkan anak lelaki (sama ada anak lelaki sahaja atau bersama-sama anak perempuan) ATAU
- Cucu lelaki dari anak lelaki (sama ada cucu lelaki sahaja atau bersama-sama cucu perempuan)

2. Bahagian Faraid 1/6 & Asabah.
- Sekiranya si mati meninggalkan anak perempuan sahaja ATAU
- Cucu perempuan dari anak lelaki sahaja

3. Bahagian Faraid Asabah.
- Sekiranya si mati tiada anak (sama ada anak lelaki sahaja atau bersama-sama anak perempuan) ATAU
- Cucu dari anak lelaki (sama ada cucu lelaki sahaja atau bersama-sama cucu perempuan)

---------------------------------

ANDA MUNGKIN MEMINATI:
KLIK: Bersama Penasihat Wasiyyah Shoppe, En. Ariffin Sabirin
KLIK: Kelebihan Berpoligami?
KLIK: Perbezaan Hibah & Wasiat

Like Facebook Page Kami:
www.facebook.com/infohartapusaka
Website:
www.infohartapusaka.blogspot.com

#InfoHartaPusaka
#HartaPusaka

FARAID ASAS: IBU KEMATIAN ANAK


Apabila situasi ibu yang kematian anaknya, tahukah anda berapa jenis pembahagian dalam hukum FARAID? Terdapat 3 jenis pembahagian iaitu:

1. Bahagian Faraid 1/6.
- Sekiranya si mati meninggalkan anak (lelaki atau perempuan atau kedua-duanya sekali) ATAU
- Cucu (lelaki atau perempuan) dari anak lelaki ATAU
- Si mati meninggalkan 2 orang adik-beradik atau lebih (lelaki atau perempuan) sebapa

2. Bahagian Faraid 1/3.
- Sekiranya si mati tidak meninggalkan anak (lelaki atau perempuan atau kedua-duanya sekali) ATAU
- Cucu (lelaki atau perempuan) dari anak lelaki sahaja ATAU
- Si mati meninggalkan seorang adik-beradik (lelaki atau perempuan) seibu sebapa ATAU
- Si mati meninggalkan seorang adik-beradik (lelaki atau perempuan) sebapa

3. Bahagian Faraid 1/3 daripada baki.
- Sekiranya si mati meninggalkan bapa bersama dengan pasangannya (suami ATAU isteri) - 'Umariyyatayn 

ANDA MUNGKIN MEMINATI:
KLIK: Struktur Faraid Asas
KLIK: Bapa Kematian Anak
KLIK: Suami Kematian Isteri


Facebook Page:
www.facebook.com/infohartapusaka
Website:
www.infohartapusaka.blogspot.com

FARAID ASAS: BAPA KEMATIAN ANAK

Faraid Asas: Hak Bapa Terhadap Harta Anak Yang Meniggal Dunia 

Situasi ini terjadi apabila bapa yang kematian anak mengikut Struktur HUKUM FARAID. Terdapat 3 jenis situasi yang berbeza iaitu:

1. Bahagian Faraid 1/6.
- Sekiranya si mati meninggalkan anak lelaki (sama ada anak lelaki sahaja atau bersama-sama anak perempuan) ATAU
- Cucu lelaki dari anak lelaki (sama ada cucu lelaki sahaja atau bersama-sama cucu perempuan)

2. Bahagian Faraid 1/6 & Asabah.
- Sekiranya si mati meninggalkan anak perempuan sahaja ATAU
- Cucu perempuan dari anak lelaki sahaja

3. Bahagian Faraid Asabah.
- Sekiranya si mati tiada anak (sama ada anak lelaki sahaja atau bersama-sama anak perempuan) ATAU
- Cucu dari anak lelaki (sama ada cucu lelaki sahaja atau bersama-sama cucu perempuan)

----------------------------------------

ANDA MUNGKIN MEMINATI:

FARAID ASAS: STRUKTUR FARAID ASAS


Berdasarkan struktur gambaran keluarga di atas, situasi ini merupakan keadaan yang menunjukkan kematian suami. Harta pusaka biasanya diwarisi oleh 5 waris utama mengikut struktur hukum faraid iaitu:

1. Isteri
2. Ayah
3. Ibu
4. Anak Lelaki
5. Anak Perempuan

Dalam satu-satu keadaan yang mana salah seorang ahli keluarga tiada/mati daripada struktur di atas, pembahagian harta pusaka akan berubah sehingga melibatkan adik-beradik suami, anak kepada anak suami (cucu) dan anak kepada anak adik beradik suami (anak saudara).

Perkara ini akan diterangkan lagi secara lanjut di bawah tajuk STRUKTUR FARAID yang terdapat di sebelah kanan website ini.


Facebook Page:
Website: