Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label DATUK KEMATIAN CUCU. Show all posts
Showing posts with label DATUK KEMATIAN CUCU. Show all posts

FARAID ASAS: DATUK KEMATIAN CUCU (SI MATI)

Situasi yang mana cucu kepada datuk tersebut meninngal dunia dan meninggalkan harta.

Bahagian FARAID yang datuk perolehi adalah SAMA SEPERTI BAPA iaitu hanya mendapat bahagian sekiranya TIADA BAPA (sekiranya ada bapa, datuk ini terhalang dari mewarisi).

Bermakna, sekiranya ayah si mati telah tiada, terdapat 3 jenis pembahagian iaitu:

1. Bahagian Faraid 1/6.
- Sekiranya si mati meninggalkan anak lelaki (sama ada anak lelaki sahaja atau bersama-sama anak perempuan) ATAU
- Cucu lelaki dari anak lelaki (sama ada cucu lelaki sahaja atau bersama-sama cucu perempuan)

2. Bahagian Faraid 1/6 & Asabah.
- Sekiranya si mati meninggalkan anak perempuan sahaja ATAU
- Cucu perempuan dari anak lelaki sahaja

3. Bahagian Faraid Asabah.
- Sekiranya si mati tiada anak (sama ada anak lelaki sahaja atau bersama-sama anak perempuan) ATAU
- Cucu dari anak lelaki (sama ada cucu lelaki sahaja atau bersama-sama cucu perempuan)

---------------------------------

ANDA MUNGKIN MEMINATI:
KLIK: Bersama Penasihat Wasiyyah Shoppe, En. Ariffin Sabirin
KLIK: Kelebihan Berpoligami?
KLIK: Perbezaan Hibah & Wasiat

Like Facebook Page Kami:
www.facebook.com/infohartapusaka
Website:
www.infohartapusaka.blogspot.com

#InfoHartaPusaka
#HartaPusaka