Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Hartanah. Show all posts
ISU PEMILIKAN SAH TANAH / PEMEGANG AMANAH

ISU PEMILIKAN SAH TANAH / PEMEGANG AMANAH

Hari ini 6hb Mac 2012 saya masih berada di Pulau Pinang di dalam rangka ceramah harta pusaka. Di Tasek Gelugor, saya didatangi sekumpulan penduduk yang mengadu nasib mereka apabila tanah lot yang mereka beli masih gagal diperolehi gerannya walaupun mereka dah tinggal di situ selama 20 tahun. Apabila disoal siasat barulah saya tahu di mana masalahnya. Seorang tok imam telah menjual 30 unit tanah lot kepada penduduk kampung. Penduduk kampung terpikat untuk membeli kerana harganya murah berbanding tanah lot biasa. Satu perjanjian ditandatangani untuk mengesahkan pembelian ini dan penduduk kampung pun dengan gembiranya membina rumah masing-masing.

Masalah mula timbul apabila selepas sekian lama, geran individu ke atas tanah lot yang dijanjikan masih tidak diperolehi. Rupanya di atas geran asal, nama tok imam ini tercatit sebagai ‘Pemegang Amanah’ kepada kumpulan warisnya. Ini bermakna dari awal lagi, tok imam ini tidak mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa transaksi ke atas tanah tersebut tanpa kebenaran dari kumpulan waris ini. Wang yang dibayar penduduk kampung pula tidak diagihkan kepada waris ini. Dari pandangan mata kasar waris, tanah ini masih menjadi milik sah mereka kerana mereka tidak pernah bersetuju untuk menjual tanah ini dan mereka juga tidak menerima apa-apa wang dari transaksi ini . Di mata undang-undang pula, tok imam ini memang telah bertindak secara salah apabila menjual tanah2 ini kepada penduduk kampung. Di mata penduduk kampung pula, tanah ini milik mereka kerana mereka telah membayar kepada tok imam tersebut. Meminjam kata-kata salah seorang penduduk kampung ,

“Kami beli tanah ni sebab percayakan tok imam. Takkan tok imam nak tipu kami!”

Keadaan menjadi semakin parah apabila ada antara penduduk kampung ini telah meninggal dunia dan waris-waris tidak berhak menuntut kerana tiada bukti pemilikan dalam bentuk geran. Situasi seperti ini bukan kali pertama saya temui. Di seluruh Malaysia keadaan ini saya temui. Puncanya kenapa ? Kerana kita terlalu cepat rambang mata. Apabila ada orang nak jual tanah dengan harga lebih murah dari harga pasaran, kita cepat-cepat membeli tanpa usul periksa sama ada penjual itu adalah pemilik tanah yang sah.

Apa penyelesaian kes ini ? Satu-satunya penyelesaian yang ada ialah tok imam ini mesti bertemu dengan waris-warisnya dan memujuk agar waris bersetuju dengan penjualan tersebut. Dia juga perlu  membayar hak waris mengikut bahagian masing-masing. Selepas itu dia perlu mengeluarkan belanja untuk membuat permohonan tukar syarat tanah ini kepada tanah perumahan di Pejabat Tanah yang kemudiannya diikuti dengan proses pecah lot. Hanya selepas permohonan ini diluluskan dan geran individu dikeluarkan barulah penduduk kampung mempunyai bukti pemilikan jelas terhadap tanah tersebut.

Tapi ada banyak isu yang perlu diselesaikan. Apa jadi jika waris-waris tok imam ini tidak bersetuju ? Apa pula jadi jika Pejabat Tanah tidak meluluskan permohonan status tanah atau jika Majlis Daerah tidak meluluskan pembangunan perumahan ini ? Akhirnya yang menjadi mangsa ialah pembeli. Oleh itu pesanan saya….jika anda ingin membeli hartanah, pastikan isu-isu ini terjawab dengan jelas sebelum sebarang transaksi dibuat. Dalam keadaan ini, penduduk kampung yang menjadi mangsa..kasihan…


En. Ariffin Sabirin
Penasihat Wasiyyah Shoppe

BERSAMA 'OTAI' HARTANAH WANITA!


Info Foto: Di Lokasi Mamak Di Bawah Masjid 'Merah' Putrajaya

Perkongsian ilmu bersama Cik Puan Hartanah Bumiputra, Rohaniah Noor di Putrajaya ketika Mei 2014. Sememangnya ia 'Sembang Santai' yang berguna :-)

Kami borak, minum, gelak dan 'bertekak' lebih kurang 2 jam di sini. Sebahagian gambar menerangkan suasana berlangsung dalam keadaan yang terkawal :-) Mana tidaknya, beliau yang menuntut dalam bidang undang-undang dan pakar mengenainya.

Terima kasih yang tidak terhingga pada Ketua Perunding Eksekutif (KPE) Tuan Mohamad Akmal Mohamad atas penerangan yang panjang lebar ini. 

Juga pada Cik Puan Rohaniah Noor kerana sudi bersama kami sekalipun baru sahaja pulang daripada bertugas dan terus ke sini.

Insya-Allah..

Lain kali kami berjumpa kembali..

Facebook Page:
Website:

SATU RUMAH 2 NAMA?

Biasa kita dengar situasi seperti ini. Rumah atas nama suami dan isteri atas sebab bank sukar untuk meluluskan pinjaman jika hanya bersandarkan 100% komitmen si suami. 

Terutamanya untuk memiliki rumah yang luar daripada kemampuan suami sahaja atas sebab untuk memiliki rumah yang lebih selesa. Maka, bantuan daripada isteri amat membantu. Ia juga lebih dikenali..

"Slip gaji suami isteri."

Ramai yang berpendapat, apabila salah seorang meninggal dunia, secara automatiknya rumah itu kini milik pasangannya yang masih hidup. Ia ibarat 'syurga ini Ana yang punya!' 


TIDAK! IA BUKAN BEGITU!

Katakanlah..

Si suami meninggal dunia, separuh bahagian rumah itu adalah milik si arwah yang perlu difaraidkan jika tiada sebarang dokumen perancangan dilakukan semasa hidup.

Jika rumah itu disewakan, separuh keuntungan sewa itu perlu disalurkan pada mereka yang berhak menerimanya mengikut aturan faraid yang telah ditetapkan. Jika tidak, dikhuatiri harta yang kita ambil sebenarnya ada hak orang lain (harta bathil).

Dalam kes ini, situasi yang kritikal adalah apabila SUAMI MENINGGAL DUNIA, meninggalkan isteri dan anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki) yang tinggal di rumah tersebut dan arwah suami tiada meninggalkan sebarang perancangannya selepas kematian. Bahagian hak suami separuh rumah mengikut hukum faraid, adik beradik arwah suami mempunyai sebahagian hak terhadap rumah itu.

Kebarangkaliannya ada untuk isteri dan anak perempuan ini terpaksa keluar dan mencari rumah sewa kerana terpaksa menjual rumah yang diduduki ini tadi. Rumah tersebut terpaksa dijual untuk membahagikan hak pada adik-beradik arwah. RUMAH YANG MENINGGALKAN SERIBU MAKNA DAN KENANGAN INI TERPAKSA DILEPASKAN..

Dalam situasi ini, perancangan HIBAH adalah jalan yang terbaik semasa arwah suami masih hidup untuk memastikan apabila kematiannya nanti rumah ini akan terus dijadikan sebagai tempat tinggal pada isteri dan anak perempuannya tadi. 

Moga kita mendapat lebih pencerahan. Insya-Allah..

Facebook Page:
www.facebook.com/infohartapusaka
Website:
www.infohartapusaka.blogspot.com