Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label MUALLAF. Show all posts
Showing posts with label MUALLAF. Show all posts

3 FAKTOR PENGHALANG PEWARISAN HARTA PUSAKA

3 faktor penghalang pewarisan harta pusaka :

1. Segala bentuk perhambaan
2. Membunuh
3. Perbezaan agama antara Islam dan kafir

1. Segala Bentuk Perhambaan
  • Seorang hamba tidak boleh mewarisi harta kerana jika dia mewarisi harta, hartanya akan menjadi milik tuannya.
  • Seorang hamba juga tidak boleh mewariskan hartanya kerana dia tidak memiliki harta malah harta dan dirinya adalah milik tuannya.
2. Membunuh
  • Pembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuh sama ada membunuh dengan niat atau tidak, sama ada dengan hak atau tidak.
  • Pembunuhan dikira sebagai memutuskan hubungan persaudaraan
Rasulullah SAW bersabda:

ليس للقاتل شئ

Maksudnya: "pembunuh tidak layak memerima apa-apa (harta pusaka)" -Riwayat Abu Daud (4566)-

3. Perbezaan Agama Antara Islam Dan Kafir
  • Orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam manakala orang Islam pula tidak boleh mewarisi pusaka orang kafir kerana hubungan antara mereka telah terputus kerana perbezaan agama.
  • Murtad juga dianggap kafir dan tidak boleh mewarisi pusaka dan mewariskan harta.
Rasulullah SAW bersabda:

لا يرث المسلم الكافر،ولا الكافر المسلم

Maksudnya: " Seorang muslimtidak boleh mewarisi pusaka orang kafir dan seorang kafir tidak boleh mewarisi pusaka seorang muslim"  -Riwayat Bukhari (6383)-

Wallahua'lam..
Sumber : Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji

 Ulasan :

1. Apabila terdapat faktor penghalang, maka harta tidak boleh diwarisi walaupun kepada isteri dan anak-anak.
2. Pada masa kini perhambaan telah tiada, maka faktor penghalang adalah disebabkan pembunuhan atau perbezaan agama
3. Perbezaan agama bukan bermakna seorang Islam tidak boleh memberikan harta kepada bukan Islam (kafir). Seorang Islam boleh membuat hibah atau wasiat untuk mewariskan hartanya kepada bukan Islam.



MUALLAF INGIN BERJASA PADA IBU AYAH BUKAN ISLAM?

Tahukah anda bahawa seseorang yang telah memeluk Islam TIDAK boleh memberikan harta pusakanya pada AYAH, IBU dan WARISNYA yang BUKAN ISLAM?

Mengikut hukum faraid, pembahagian harta pusaka bagi penerima yang berhak adalah pada yang beragama Islam sahaja. Namun, sekiranya saudara Islam baru ini berhasrat untuk memberikan sebahagian hartanya, instrument HIBAH adalah yang terbaik boleh dilaksanakan.

Apa Itu Dokumen Hibah? Secara Amnya, dokumen HIBAH adalah dokumen yang dibuat semasa HIDUP dan dilaksanakan apabila tiba kematian pembuat dokumen hibah ini tadi. Segala nama di geran akan terlaksana penukaran nama penerima hibah SELEPAS KEMATIAN. Yang menariknya, dokumen hibah ini tadi boleh diletakkan SYARAT tertentu untuk meyelesaikan 'maslahah' yang mungkin dihadapi waris ini nanti. Asalkan ia tidak melanggar HUKUM SYARAK.

Antara contoh HIBAH BERSYARAT:
- membenarkan isteri pada si mati untuk tinggal di rumah tersebut selagi ada hayatnya.
- hasil dari sewaan rumah ini mestilah sebahagiannya diberikan pada ibu.
- memberi sebahagian ruang di halaman rumah untuk ayah menjalankan perniagaan nasi lemaknya.

"ISLAM ITU INDAH"

------------------------------

ANDA MUNGKIN MEMINATI:
KLIK: Kelebihan Berpoligami?
KLIK: (VIDEO di TV3) Kenapa Wasiyyah Shoppe?
KLIK: Wasiyyah Shoppe Di FELDA

Facebook Page:
www.facebook.com/InfoHartaPusaka

Website/Blog:
www.infohartapusaka.blogspot.com