Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label PERANCANGAN. Show all posts
Showing posts with label PERANCANGAN. Show all posts

WASIYYAH PERKENALKAN AT-TIJARAH UNTUK USAHAWAN

KUALA LUMPUR 13 April – Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. melancarkan produk baharu, At-Tijarah untuk membantu usahawan muslim mewariskan saham dan perniagaan mereka kepada waris mengikut kaedah syarak.

Pengasasnya, Ariffin Sabirin berkata, ramai usahawan muslim di Malaysia tidak menyedari bahawa apabila mereka meninggal dunia, saham syarikat yang dimiliki merupakan harta pusaka.

Katanya, ini bermakna semua waris berhak ke atas saham itu mengikut hukum faraid.

Ujar beliau, masalah yang biasa berlaku kepada pewarisan saham perniagaan ialah bukan semua waris yang berhak mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menguruskan perniagaan diwarisi.

“Usahawan mungkin ada melatih seorang atau dua orang waris sebagai penyambung legasi perniagaan tetapi apabila dia meninggal dunia, waris lain mengikut hukum faraid yang mewarisi saham juga berhak menentukan masa depan syarikat.

“Selepas kematian usahawan, pelbagai masalah mula timbul apabila wujud perbalahan di antara waris tentang siapa yang lebih berhak ke atas syarikat dan penentuan peneraju syarikat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, perbalahan berterusan boleh menimbulkan pelbagai masalah lain dan jika tiada penyelesaian dicapai antara waris-waris terbabit, ia boleh membawa kepada penutupan operasi syarikat.

Ariffin berkata, pengalaman Wasiyyah Shoppe sebagai pakar dalam perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam menunjukkan ramai usahawan Muslim mahu perniagaan beroperasi dengan lancar selepas kematian mereka dan terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.

“At-Tijarah yang diperkenalkan bertujuan membantu usahawan muslim mewariskan perniagaan mereka kepada sesiapa yang mereka kehendaki,’’ katanya.

“Dengan penggunaan At-Tijarah selepas kematian usahawan, pewarisan saham boleh berjalan dengan lancar dan syarikat juga boleh beroperasi tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Sumber
Utusan Malaysia
14 April 2015

Hibah : Cara Paling Berkesan Bahagikan Harta

Hibah_Wasiyyah_ShoppeSaya telah berkecimpung di dalam industri perancangan dan pengurusan harta pusaka secara Syariah selama 9 tahun. Sepanjang tempoh ini, saya telah menyampaikan beratus-ratus ceramah dan bertemu dengan beribu-ribu orang Islam di seluruh Malaysia.

Tetapi apabila saya bertanya  kepada mereka apa yang mereka faham tentang dokumen yang mesti dibuat berkaitan harta pusaka, satu perkataan selalu keluar dari mulut mereka iaitu ‘wasiat’. Saya rasa kita terlalu banyak menonton filem ‘3 ABDUL’ yang seingat saya telah diulang tayang entah berapa ribu kali agaknya  semenjak saya kanak-kanak sehinggalah sekarang. Dalam filem itu, wasiat digunakan sebagai dokumen  untuk membahagikan harta pusaka dan sebab itulah apabila disebut ‘harta pusaka’ orang akan kaitkan dengan ‘wasiat’.

Sekiranya anda juga mempunyai fikiran sebegitu, saya nak memaklumkan anda dengan satu fakta yang mungkin memeranjatkan. Anda silap! Bagi orang Islam, wasiat BUKANLAH dokumen yang paling berkesan untuk membahagikan harta. Jika anda menyediakan wasiat dan didalamnya anda nyatakan mengenai hasrat anda untuk membahagikan harta mengikut formula tertentu, pembahagian itu TIDAK BERKUATKUASA secara automatik kerana ia memerlukan persetujuan semua waris untuk dilaksanakan.

Jadi masyarakat selalu bertanya kepada saya, kalau wasiat untuk pembahagian harta tidak boleh dikuatkuasakan, kenapa pula mereka nak menyediakan wasiat? Jawapan saya biasanya mudah sahaja iaitu, “Kenapa pula nak buat wasiat?”

Saya selalu nasihatkan rakan-rakan usahawan saya, kalau mereka ingin membahagikan harta mereka mengikut formula tertentu kepada orang-orang yang mereka kehendaki baik waris mahupun bukan waris, dokumen yang paling berkesan sebenarnya ialah HIBAH.

Apa itu Hibah?

Dari segi bahasanya, Hibah bermaksud ‘Hadiah’. Selagi anda masih hidup dan bernafas, anda bebas untuk memberikan Hibah  kepada sesiapapun mengikut formula yang anda kehendaki. Sekiranya anda berhasrat untuk membahagikan harta, anda patut mempertimbang untuk meyediakan Hibah kerana ia mempunyai beberapa kelebihan seperti :

1. Formula pembahagian yang berkuatkuasa.

Berbeza dengan wasiat yang formula pembahagiannya mesti dipersetujui oleh waris sebelum boleh dilaksanakan, formula pembahagian Hibah berkuatkuasa sepenuhnya mengikut hasrat pemberi hibah di dalam dokumen Hibah tersebut. Sebaik sahaja Mahkamah Syariah memutuskan bahwaa Hibah itu sah mengikut Hukum Syarak , ia tidak boleh dituntut oleh waris yang lain. Jadi kalau anda serius untuk memastikan hasrat ini tercapai, buatlah dokumen Hibah dan bukannya Wasiat.

2. Hibah kepada anak dan cucu boleh ditarik balik.

Ada juga orang yang bercakap dengan saya, tak payah bersusah-payah untuk buat Hibah. Pindahmilik sahaja hartanah yang dikehendaki kepada sesiapa anak-anak yang mereka ingini. Jawapan saya, “Tentu sahaja boleh pindahmilik tapi jangan menyesal kalau anak-anak kita jual hartanah ini dalam keadaan kita masih bernyawa kerana ia telahpun menjadi milik sah mereka.”Bukan sedikit kes yang saya temui di mana  ibubapa yang telah memindah milik rumah mereka kepada anak-anak, dihalau dari rumah selepas itu. Sadis bukan? Tapi itulah hakikat kehidupan.

Di sinilah Hibah mempunyai keistimewaan ketara. Dengan menyediakan Hibah, kita telah menetapkan siapakah yang akan menerima harta ini mengikut formula yang kita mahu tetapi sekiranya pemberian ini dibuat kepada anak dan cucu, kita boleh menarik balik atau mengubah formula pemberian ini  pada bila-bila masa yang kita kehendaki. 

3. Perlaksanaan selepas kematian pemberi hibah.

Walaupun dokumen Hibah disediakan hari ini, namun pindahmilik di dalam geran hanya akan dibuat selepas kematian pemberi hibah. Perlaksanaan menggunakan modul seperti ini menjamin bahawa pemberi hibah masih mempunyai kuasa ke atas hartanah yang dihibah selagi dia masih hidup. Wasiyyah Shoppe telah melaksanakan modul perkhidmatan ini dengan jayanya dan sehingga kini, telah berjaya mendapatkan lebih dari 38 perintah penghakiman dari Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.

4. Kos penyediaan Hibah yang lebih murah dari pindahmilik.

Sekiranya pindahmilik dibuat dari nama pemberi hibah kepada penerima hibah, duti setem perlu dibayar. Secara umumnya, duti setem ini ialah  1% untuk nilai hartanah RM100,000 yang pertama, 2% untuk nilai hartanah RM400,000 yang kedua dan 3% untuk nilai hartanah yang seterusnya. Seorang ayah atau ibu boleh memilih untuk memindahmilik hartanah mereka kepada anak-anak hari ini, tetapi mereka perlulah membayar kos ini. Oleh kerana hibah tidak memerlukan pindahmilik berlaku, duti setem tidak perlu dibayar dan ini menyebabkan prosedur menyediakan Hibah jauh lebih efektif dari segi kos.

Dengan penerangan ringkas ini, saya harap umat Islam di Malaysia akan memahami dengan jelas fungsi dan keberkesanan Hibah. Kalau anda berhasrat agar harta pusaka anda dibahagikan mengikut formula yang anda kehendaki, buatlah Hibah dan bukannya Wasiat. Jadi sudahkah anda menyediakan dokumen Hibah anda hari ini ? 

Penulis :
En. Ariffin Sabirin
Penasihan Kumpulan
Syarikat Wasiyyah

Dapatkan khidmat konsaltan anda secara mudah, konprehansif dan percuma di sini

Warga Emas Dakwa Dipinggir Tujuh Anak Kandung


Nama    : Daut @ Kasim Jali
Umur     : 81 tahun
Isteri 1   : Sofiah Ngah (77 tahun)
Isteri 2   : Rokiah (63 tahun)
Anak     : 4 Lelaki, 3 perempuan (41-58 tahun)
Negeri   : Melaka

Aset - 4juta :
a) 3 Stesen minyak
b) 2 ladang sawit
c) Ladang ternak ayam
d) Saham Syarikat Daut Ploutry Farm Enterprise
e) Rumah di Cheras -600k
f) Simpanan semasa - 100k
g) Deposit overdraf perniagaan - 800k

Kes :
1. Ditipu anak kandung sendiri
2. Aset telah diagihkan kepada 7 orang anaknya
3. Anaknya telah meminggirkan beliau
4. Kos rawatan dan perbelanjaan harian tidak diberikan oleh anak-anaknya
5. Bekerja semula untuk menampung nafkah
6. Kes akan disebut pada 20 Januari 2015

Berita lengkap di sini

Jika anda mempunyai aset dan mempunyai hasrat untuk memberikan kepada anak-anak atau sesiapa sahaja tanpa memudaratkan diri sendiri serta penerima, maka perlu anda memikirkan beberapa persoalan :

1. Apakah harta yang ingin diagihkan?
2. Bagaimana bentuk perancangan anda?
3. Apakah manfaat yang anda inginkan sekiranya harta telah diberikan kepada penerima?
4. Berapa kos menukar pemilikkan harta anda kepada penerima?
5. Apakah pilihan-pilihan yang ada untuk manfaat penerima (ayah) dan pemberi (anak-anak)

Dapatkan penerangan secara lengkap dan profesional dari kami secara percuma. Harta anda, tanggungjawab anda.

"Urus & Rancang Harta Secara Syarak, Mudah dan Komprehansif"

PEWARISAN PERNIAGAAN ANDA / HIBAH SYARIKAT


Apa itu hibah?

Dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya.

Dari segi istilahnya ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

Hukum dan pensyariatan hibah
Dari segi hukum, hibah adalah satu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga yang terdekat. Firman Allah S.W.T :

"kemudian jika mereka Dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya" (Surah an-Nisa, ayat 4)

Rukun Hibah

Rukun-rukun hibah mestilah dipenuhi agar akad tersebut sah iaitu :
1. Pemberi hibah (al-wahib)
2. Penerima hibah (al-mawhub lahu)
3. Barang atau harta yang dihibahkan (al-mawhub)
4. Sighah iaitu ijab dan qobul

Dan syarat tambahan (syarat luzum) dalam Mazhab Syafie penerimaan barang (al-qabdu)

Situasi perniagaan Umat Islam hari ini

Umat Islam di Malaysia hari ini dilihat positif dalam perniagaan. Tetapi sayang, hala tuju syarikat selepas kematian pemilik saham masih dalam kesamaran. Persoalan demi persoalan, mereka masih lagi belum memiliki jawapannya .

Siapakah yang akan meneruskan legasi perniagaan mereka?
Apakah bentuk perjanjian yang dipegang oleh pemilik-pemilik saham?
Apakah kesan syarikat tanpa ada hibah perniagaan?
Berapakah kos yang dikenakan terhadap waris mereka untuk mendapatkan probet?

Peranan Wasiyyah Shoppe

Wasiyyah Shoppe merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang menumpukan sepenuhnya dalam pewarisan secara Syariah. Dalam situasi ini, bagi mereka yang mempunyai saham atau perniagaan hendaklah mengetahui kesan-kesan apabila ketiadaan mereka (iaitu mati). Anda boleh merujuk pada perunding-perunding kami di sini

Hibah perniagaan anda?

Secara asas perniagaan anda boleh dihibah. Segala aktiviti dan perjalanan perniagaan anda tidaklah menjadi skop yang kecil apabila anda telah membuat hibah. Peranan anda di dalam syarikat tetap sama cuma yang membezakannya apabila berlaku kematian, segala perhitungan berjalan lancar. Begitu juga kos/fi yang dikenakan terhadap waris yang menggantikan anda telah pun diketahui sebelum kematian berlaku.

Apa yang ditakuti pengganti/ waris anda ialah berapakah kos tersembunyi untuk menggantikan anda?

Di Wasiyyah Shoppe, anda telah mengetahui apakah peranan anda dan berapa kos dikenakan terhadap anda iaitu tanpa kos-kos tersembunyi.

Apakah kos-kos tersembunyi?

Antara kos-kos tersembunyi tersebut termasuklah nilai harta, penyimpanan, perjalanan, penfailan, guaman, penterjemahan, carian rasmi, pesuruhjaya sumpah dan banyak lagi

Di mana hibah perniagaan disahkan

Hibah adalah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Justeru itu pengishtiharan hibah perniagaan ini diperolehi di Mahkamah Tinggi Syariah.

Wasiyyah Shoppe telah menerima perintah hibah perniagaan di mahkamah?

Ya, kami telah menerimah perintah tersebut.