Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label Pejabat Tanah. Show all posts
Showing posts with label Pejabat Tanah. Show all posts

3 CABARAN HARTA PUSAKA MUSLIM

Kegagalan merancang harta menyebabkan waris tidak menerima harta itu dalam jangka pendek

Semua orang akan mati. Persoalannya ialah bila? 

Apabila berlaku kematian pula, apakah yang terpaksa dilalui oleh waris bagi menuntut harta pusaka yang ditinggalkan? Anda mungkin berfikir anda telah menabung, melabur dan meninggalkan sebuah rumah untuk pasangan anak-anak sebagai bekalan mereka.


Tetapi tahukah anda apa yang perlu mereka lalui sebelum mereka menerima harta pusaka ini? Secara Umumnya terdapat 3 cabaran utama pewarisan harta pusaka Muslim di negara ini iaitu :

1. Perbalahan keluarga yang berpanjangan


Apabila berlaku kematian, beberapa perkara asas perlu diselesaikan sebelum proses harta pusaka boleh dijalankan. Perkara pertama ialah dari segi permuafakatan waris untuk melantik pentadbir harta pusaka dikalangan mereka. Oleh kerana pentadbir harta mempunyai kuasa yang besar, ramai waris berebut untuk menjadi pentadbir sehingga kadang-kadang permuafakatan sukar dicapai.


Hukum Faraid memang telah menetapkan bahagian untuk setiap waris. Namun Hukum Faraid tidak menetapkan siapa yang akan mewarisi rumah, dan siapa pula yang mendapat akaun pelaburan. Dalam erti kata lain, Hukum Faraid tidak menetapkan siapa yang mewarisi apa jenis harta. Oleh itu, kekeliruan sering timbul dari segi peruntukan harta. Kedua-dua keadaan ini berpotensi untuk mewujudkan perbalahan keluarga yang berpanjangan.



Sebegai pemilik harta, anda sudah pun berada di alam berzakh ketika itu. Anda mengharapkan doa daripada waris sebagai sumbangan kepada anda. Namun apa yang sedang berlaku adalah waris anda sedang bertelagah kerana isu ini. Adakah roh anda akan tenang? Cuba renungkan


2. Proses undang-undang yang rumit

Saya telah memberikan ratusan ceramah di seluruh Malaysia semenjak 10 tahun yang lepas untuk berkongsi maklumat dengan orang Islam betapa penyediaan dokumen perancangan harta pusaka ketika mereka masih hidup kini merupakan satu langkah penting untuk mengelakkan waris mereka dari menghadapi proses undang-undang yang rumit. Ramai orang Islam beranggapan bahawa proses tuntutan harta pusaka adalah suatu perkara biasa yang akan dilalui secara "semuala jadi" oleh semua waris. Namun proses ini sebenarnya bukanlah semudah yang disangka.

Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung, apabila berlaku kematian, waris perlu melalui proses undang-undang Syariah dan Sivil. Mereka perlu pergi ke Mahkamah Syariah dan pada masa sama, Mahkamah Sivil bagi mendapatkan perintah yang tertentu kerana kedua-dua mahkamah ini mempunyai jurisdikasi (bidang kuasa) yang berbeza di dalam proses tuntutan harta pusaka Muslim mengikut Artikel 121 (1A) Perlembagaan Malaysia.

Melalui pengalaman saya, apabila saya bertanya kepada waris, adakah mereka tahu ke mana harus mereka tuju, apa borang yang perlu diisi dan proses di mahkamah manakah yang mesti didahulukan atau dikemudiankan? Sebanyak 95 peratus waris akan menggeleng kepala. Saya tidak salahkan mereka kerana dengan proses undang-undang yang rumit sebegini, ia memang mengelirukan bagi orang yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman di dalamnya.

Apakah pula kesan proses undang-undang yang rumit ini kepada waris? kesan utamanyaialah proses untuk menuntut harta pusaka ini akan memakan masa bertahun-tahun lamanya sebelum harta dapat diterima oleh mereka. Anda rasa keadaan ini 'tidak mengapa'? Bayangkansekiranya pasangan anda suru rumah tangga dan anak-anak pula masih sedang belajar dan memerlukan peruntukan perbelanjaan yang tinggi. Bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan mereka?

Anda memang ada meninggalkan tabungan untuk mereka seperti akaun simpanan dan pelaburan tetapi kegagalan anda merancang harta pusaka anda menyebabkan mereka tidak boleh menerima harta itu dalam jangka masa yang terdekat. Kasihan bukan, tetapi itulah hakikat yang kemungkinan besar akan berlaku kepada waris anda kerana 95 peratus waris Muslim tidak merancang harta harta pusaka mereka. Anda kemungkinan besar adalah salah seorang darinya!

3. Fi pengurusan harta pusaka yang membebankan waris

Oleh kerana proses undang-undang yang rumit di atas, fi atau perbelanjaan untuk menguruskan harta pusaka adalah agak mahal dan membebankan waris. Akta Pobet dan Pentadbiran 1959 membenarkan sehingga 5 peratus daripada nilai harta pusaka dicaj sebagai fi pengurusan harta pusaka.

Ramai orang Malaysia tidak tahu bahawa apabila mereka mendapat perkhidmatan profesional seperti syarikat amanah atau peguam, kebiasaan mereka akan dicaj di antara 2 hingga 4 peratus dari nilai harta pusaka. Ini tidak termasuk fi buka fail yang kebiasaannya di antara RM 500 hingga beberapa ribu ringgit, fi guaman yang mencecah sehingga ribuan ringgit dan fi yang lain.

Kesemua fi ini perlu ditanggung oleh waris dan keadaan ini tentu membebankan mereka. Sudahlah mereka menanggungtrauma kerana kehilangan anda sebagai orang yang tersayang, kegagalan anda membuat sebarang perancangan membuatkan mereka terpaksa pula menanggung beban kewangan sebelum mereka boleh menerima harta pusaka yang anda tinggalkan. Sadis bukan?

Apabila saya bercakap kepada orang Islam menegenai perancangan harta pusaka,respons 'standard' yang biasa saya terima , "saya mana ada harta, jadi tak perlulah untuk saya menyediakan apa-apa dokumen".

Respons "standard" yang saya akan berikan pula ialah, "Kerana harta kita sedikitlah, kita kena pastikan waris kita akan terima harta ini dengan cepat dan pada kos yang minimum!". Banyak atau sedikit harta yang ditinggalkan, inilah sebenarnya cabaran yang mesti dilalui semua waris Muslim apabila berlaku kematian.

Ketiga-tiga keadaan ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya kita merancang harta pusaka kita melalui dokumen Syarak seperti Hibah, Wasiat Islam, Harta Sepencarian atau amanah. Saya harap artikel ini akan membuka minda pembaca untuk mula merancang harta pusaka mereka. Kalau anda benar-benar sayangkan waris anda dan mahu mereka menghadapi kesukaran tersebut, bertindaklah hari ini kerana anda tahu bila anda akan dipanggil pulang!.

Penulis : En. Ariffin Sabirin
-Pengasas Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd.
-Berpengalam hampir 17 tahun dalam harta pusaka

TUNTUTAN PUSAKA; APA YANG PERLU DILAKUKAN WARIS?


Saban tahun umat Islam kehilangan fungsi dalam penjanaan ekonomi. Harta beku, segala harta yang ditinggalkan si mati tidak diuruskan dengan sempurna oleh waris-waris. Niat si mati mahu memastikan harta yang dicarinya melancarkan perjalanan hidup anak-anak dan isteri tetapi ianya menjadi fitnah buat semua pewarisnya.

Fakta menyatakan :
1. Hampir 70b harta umat Islam terbeku
2. Lebih 90% umat Islam tidak merancang
3. Salah faham bahawa perancangan harta melibatkan wasiat sahaja.

Antara langkah awal terhadap harta si mati ialah :
1. Pengurusan jenazah
2. Melangsaikan hutang pada Allah dan manusia
3. Setelah itu, segerakan pembahagian harta pusakanya

Dalam menyelesaikan pusaka si mati, waris-waris wajib berkumpul dan menyenaraikan aset si mati yang ada sama ada harta alih atau tidak alih. Setelah itu, waris membuat anggaran nilai harta tersebut untuk memastikan pengurusan perlu dilakukan di Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil.

Seorang dariapada waris-waris perlu menjadi ketua/ pentadbir terhadap harta si mati bagi menentukan beberapa perkara seperti :

1. Di mana pengurusan harta pusaka perlu dilakukan?
2. Berapa kos yang perlu dibayar dan siapa yang perlu mengeluarkan belanja?
3. Siapakah yang berhak terhadap harta si mati dan apakah jenis harta?
4. Apakah borang-borang yang perlu dikemukan untuk pengurusan?
5. Apakah peguam atau syarikat amanah perlu mencampuri urusan ini?

Di Wasiyyah Shoppe, kami komited dan bersungguh dalam menyelesaikan persoalan-persoalan  diatas. Atas rasa tanggungjawab, Insyaallah kami sentiasa memastikan :

1. Pemudah cara bagi waris untuk menyelesaikan pusaka
2. Perkhidmatan PERCUMA untuk waris-waris menyelesaikan pusaka
3. Memberi kesedaran pada waris-waris dengan membaca KHUTBAH PUSAKA
4. Perkhidmatan 24 jam secara PERCUMA untuk waris-waris
5. Tawaran kepada agensi kerajaan / surau / masjid / sekolah / kilang / keluarga membuat taklimat profesional harta dan pewarisan secara Syarak
6. Perkhidmatan profesional pada semua lapisan masyarakat

Hubungi kami


PROSES PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Carta: Proses Tuntutan Harta Pusaka (Pengurusan)

"Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati."

Ayat di atas memang sudah kita ketahui, barangkali sifat kesedaran kita tentang kematian agak kurang kita ambil berat. Kematian pasti terjadi bagi setiap antara kita. Cuma waktunya yang Allah rahsiakan...

Jika kita perhatikan carta di atas, apabila berlaku kematian, semua harta arwah (samaada: Harta Alih atau Harta Tidak Alih) akan dibekukan secara automatik dan akan melalui proses pentadbiran harta pusaka. Dalam proses ini, perbincangan antara waris amat penting bagi menyelesaikan segala harta arwah dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Perlu untuk waris mengenal pasti keseluruhan nilai harta arwah kerana terdapat 2 proses yang berbeza yang perlu diketahui untuk menguruskan harta tersebut:

1. Nilai Harta Pusaka : kurang daripada 2 juta. Proses urusan harta pusaka akan termaktub di bawah: Akta Pusaka Kecil 1955, yang akan melalui prosesnya di Pejabat Tanah.

2. Nilai Harta Pusaka : lebih daripada 2 juta. Proses urusan harta pusaka akan termaktub di bawah: Akta Probet & Pentadbiran 1959, yang akan melalui prosesnya di Mahkamah Sivil.

Untuk pengetahuan, kedua-dua ini mempunyai proses, kos yang berbeza dan semestinya kos di yang melibatkan Mahkamah Sivil agak tinggi. Malah, bagi kes yang nilai harta pusaka yang melebihi 2 juta MESTI melantik peguam untuk menguruskannya. 

Facebook Page:
Website: