Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts

3 FAKTOR PENGHALANG PEWARISAN HARTA PUSAKA

3 faktor penghalang pewarisan harta pusaka :

1. Segala bentuk perhambaan
2. Membunuh
3. Perbezaan agama antara Islam dan kafir

1. Segala Bentuk Perhambaan
  • Seorang hamba tidak boleh mewarisi harta kerana jika dia mewarisi harta, hartanya akan menjadi milik tuannya.
  • Seorang hamba juga tidak boleh mewariskan hartanya kerana dia tidak memiliki harta malah harta dan dirinya adalah milik tuannya.
2. Membunuh
  • Pembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuh sama ada membunuh dengan niat atau tidak, sama ada dengan hak atau tidak.
  • Pembunuhan dikira sebagai memutuskan hubungan persaudaraan
Rasulullah SAW bersabda:

ليس للقاتل شئ

Maksudnya: "pembunuh tidak layak memerima apa-apa (harta pusaka)" -Riwayat Abu Daud (4566)-

3. Perbezaan Agama Antara Islam Dan Kafir
  • Orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam manakala orang Islam pula tidak boleh mewarisi pusaka orang kafir kerana hubungan antara mereka telah terputus kerana perbezaan agama.
  • Murtad juga dianggap kafir dan tidak boleh mewarisi pusaka dan mewariskan harta.
Rasulullah SAW bersabda:

لا يرث المسلم الكافر،ولا الكافر المسلم

Maksudnya: " Seorang muslimtidak boleh mewarisi pusaka orang kafir dan seorang kafir tidak boleh mewarisi pusaka seorang muslim"  -Riwayat Bukhari (6383)-

Wallahua'lam..
Sumber : Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji

 Ulasan :

1. Apabila terdapat faktor penghalang, maka harta tidak boleh diwarisi walaupun kepada isteri dan anak-anak.
2. Pada masa kini perhambaan telah tiada, maka faktor penghalang adalah disebabkan pembunuhan atau perbezaan agama
3. Perbezaan agama bukan bermakna seorang Islam tidak boleh memberikan harta kepada bukan Islam (kafir). Seorang Islam boleh membuat hibah atau wasiat untuk mewariskan hartanya kepada bukan Islam.



MUALLAF INGIN BERJASA PADA IBU AYAH BUKAN ISLAM?

Tahukah anda bahawa seseorang yang telah memeluk Islam TIDAK boleh memberikan harta pusakanya pada AYAH, IBU dan WARISNYA yang BUKAN ISLAM?

Mengikut hukum faraid, pembahagian harta pusaka bagi penerima yang berhak adalah pada yang beragama Islam sahaja. Namun, sekiranya saudara Islam baru ini berhasrat untuk memberikan sebahagian hartanya, instrument HIBAH adalah yang terbaik boleh dilaksanakan.

Apa Itu Dokumen Hibah? Secara Amnya, dokumen HIBAH adalah dokumen yang dibuat semasa HIDUP dan dilaksanakan apabila tiba kematian pembuat dokumen hibah ini tadi. Segala nama di geran akan terlaksana penukaran nama penerima hibah SELEPAS KEMATIAN. Yang menariknya, dokumen hibah ini tadi boleh diletakkan SYARAT tertentu untuk meyelesaikan 'maslahah' yang mungkin dihadapi waris ini nanti. Asalkan ia tidak melanggar HUKUM SYARAK.

Antara contoh HIBAH BERSYARAT:
- membenarkan isteri pada si mati untuk tinggal di rumah tersebut selagi ada hayatnya.
- hasil dari sewaan rumah ini mestilah sebahagiannya diberikan pada ibu.
- memberi sebahagian ruang di halaman rumah untuk ayah menjalankan perniagaan nasi lemaknya.

"ISLAM ITU INDAH"

------------------------------

ANDA MUNGKIN MEMINATI:
KLIK: Kelebihan Berpoligami?
KLIK: (VIDEO di TV3) Kenapa Wasiyyah Shoppe?
KLIK: Wasiyyah Shoppe Di FELDA

Facebook Page:
www.facebook.com/InfoHartaPusaka

Website/Blog:
www.infohartapusaka.blogspot.com


TUNTUTAN PUSAKA; APA YANG PERLU DILAKUKAN WARIS?


Saban tahun umat Islam kehilangan fungsi dalam penjanaan ekonomi. Harta beku, segala harta yang ditinggalkan si mati tidak diuruskan dengan sempurna oleh waris-waris. Niat si mati mahu memastikan harta yang dicarinya melancarkan perjalanan hidup anak-anak dan isteri tetapi ianya menjadi fitnah buat semua pewarisnya.

Fakta menyatakan :
1. Hampir 70b harta umat Islam terbeku
2. Lebih 90% umat Islam tidak merancang
3. Salah faham bahawa perancangan harta melibatkan wasiat sahaja.

Antara langkah awal terhadap harta si mati ialah :
1. Pengurusan jenazah
2. Melangsaikan hutang pada Allah dan manusia
3. Setelah itu, segerakan pembahagian harta pusakanya

Dalam menyelesaikan pusaka si mati, waris-waris wajib berkumpul dan menyenaraikan aset si mati yang ada sama ada harta alih atau tidak alih. Setelah itu, waris membuat anggaran nilai harta tersebut untuk memastikan pengurusan perlu dilakukan di Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil.

Seorang dariapada waris-waris perlu menjadi ketua/ pentadbir terhadap harta si mati bagi menentukan beberapa perkara seperti :

1. Di mana pengurusan harta pusaka perlu dilakukan?
2. Berapa kos yang perlu dibayar dan siapa yang perlu mengeluarkan belanja?
3. Siapakah yang berhak terhadap harta si mati dan apakah jenis harta?
4. Apakah borang-borang yang perlu dikemukan untuk pengurusan?
5. Apakah peguam atau syarikat amanah perlu mencampuri urusan ini?

Di Wasiyyah Shoppe, kami komited dan bersungguh dalam menyelesaikan persoalan-persoalan  diatas. Atas rasa tanggungjawab, Insyaallah kami sentiasa memastikan :

1. Pemudah cara bagi waris untuk menyelesaikan pusaka
2. Perkhidmatan PERCUMA untuk waris-waris menyelesaikan pusaka
3. Memberi kesedaran pada waris-waris dengan membaca KHUTBAH PUSAKA
4. Perkhidmatan 24 jam secara PERCUMA untuk waris-waris
5. Tawaran kepada agensi kerajaan / surau / masjid / sekolah / kilang / keluarga membuat taklimat profesional harta dan pewarisan secara Syarak
6. Perkhidmatan profesional pada semua lapisan masyarakat

Hubungi kami


KLINIK FARAID DI MASJID AR-RAHIMIAH, KLANG

Info Foto: Pandangan Hadapan Masjid Ar-Rahimiah, Klang


Alhamdulillah..

Pembukaan klinik faraid di Masjid Ar-Rahimiah, Klang (berhadapan Hospital Tengku Ampuan Rahimah)  pada 23hb Mei 2014, selepas solat Fardhu Jumaat sehinggalah datangnya Fardhu Asar mendapat sambutan yang menggalakkan.

Daripada pengenalan syarikat sehinggalah servis yang kami tawarkan ditanya oleh kariah masjid di sini untuk lebih pencerahan. Sehinggakan ada yang sangat berminat untuk kami panjang-panjangkan pada surau di khariah tempat mereka tinggal. Alhamdulillah..

Program di masjid ini mendapat sokongan penuh dari pihak masjid dan merancang untuk menjadikan ia sebagai acara bulanan sebagai penambahbaikkan program yang sedia ada.


Facebook Page:
Website:



BERSAMA SAHABAT SEPERJUANGAN DAHULU!

"Tempat Jatuhkan Dikenang, Inikan Pula Tempat Bermain."

Rasanya itu adalah ungkapan yang paling sesuai bagi salah seorang Perunding Professional Mawarith (PPM) Wasiyyah Shoppe, Tuan Syahman Abu Hasan.

Beliau pernah bekerja di sini (Casco Adhesive Sdn. Bhd.) Cawangan Shah Alam sebagai 'Application Engineer' selama 8 tahun dan kini sepenuh masa sebagai Usahawan.

Kembali ke sini selain bertemu sahabat seperjuangan dahulu, beliau juga berkongsi berkenaan Ilmu Kepentingan Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka.

Sahabat beliau yang di dalam gambar amat memerlukan khidmat daripada Wasiyyah Shoppe kerana beliau merupakan pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata dan dengan rela hati mengambil melanggan pakej Hibah dan Wasitah secara serentak.

Alhamdulillah...

Facebook Page:
Website:

BERSAMA 'OTAI' HARTANAH WANITA!


Info Foto: Di Lokasi Mamak Di Bawah Masjid 'Merah' Putrajaya

Perkongsian ilmu bersama Cik Puan Hartanah Bumiputra, Rohaniah Noor di Putrajaya ketika Mei 2014. Sememangnya ia 'Sembang Santai' yang berguna :-)

Kami borak, minum, gelak dan 'bertekak' lebih kurang 2 jam di sini. Sebahagian gambar menerangkan suasana berlangsung dalam keadaan yang terkawal :-) Mana tidaknya, beliau yang menuntut dalam bidang undang-undang dan pakar mengenainya.

Terima kasih yang tidak terhingga pada Ketua Perunding Eksekutif (KPE) Tuan Mohamad Akmal Mohamad atas penerangan yang panjang lebar ini. 

Juga pada Cik Puan Rohaniah Noor kerana sudi bersama kami sekalipun baru sahaja pulang daripada bertugas dan terus ke sini.

Insya-Allah..

Lain kali kami berjumpa kembali..

Facebook Page:
Website: