Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label SEMINAR HIBAH KEBANGSAAN. Show all posts
Showing posts with label SEMINAR HIBAH KEBANGSAAN. Show all posts

SEKITAR GAMBAR SEMINAR HIBAH KEBANGSAAN 2015


Bergambar bersama warga Wasiyyah Shoppe

Soalan yang diajukan oleh pendengar kepada panel forum

Perasmian

En Ariffin disebelahnya bersama Hakim Syarei Kerajaan Brunei

Perasmian Penutup

Bergambar bersama

HIBAH DALAM URUSAN HARTA ISLAM


KUBANG PASU 19 Mei - Seminar Hibah Dalam Pengurusan Harta Islam Peringkat Kebangsaan 2015 (i-Hibah 2015) mampu menjadi platform untuk ahli akademik, pelaksana dan para penggiat industri pengurusan dan perancangan harta pusaka secara syariah untuk berkongsi ilmu tentang hibah.

Seminar selama dua hari anjuran Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula hari ini dengan kerjasama syarikat pengurusan dan perancangan harta pusaka secara Syariah, Wassiyah Shoppe Sdn. Bhd., itu berjaya menarik perhatian sebanyak 400 peserta yang terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Syariah, pegawai-pegawai daerah, pensyarah, pelajar dan orang awam untuk mendalami konsep hibah.

Ketua Pegawai Eksekutif Wassiyah Shoppe Sdn. Bhd., Azrin Sabirin berkata, perhimpunan ketiga-tiga golongan berkenaan dalam seminar tersebut secara tidak langsung dapat membolehkan penyampaian ilmu hibah kepada masyarakat akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

“Sehingga hari ini, tidak ada satu badan mahupun organisasi yang menguatkuasakan soal hibah ini, jadi seminar ini penting supaya dapat memberikan sebuah platform kepada semua pihak.

“Sekiranya suatu hari nanti ada sebarang akta atau enakmen yang akan dibuat berkaitan hibah selepas ini, seminar ini boleh dijadikan rujukan untuk tujuan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Pusat Islam UUM di sini hari ini.

Yang hadir sama, Dekan IBS, Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim dan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar yang merasmikan seminar tersebut.

Pada masa sama, Azrin berkata, seminar berhubung pengurusan harta Islam tersebut dapat dianjurkan dalam skala yang lebih besar memandangkan penerimaan hibah makin meluas dalam kalangan masyarakat Islam sejak kebelakangan ini.

“Keadaan itu jauh berbeza berbanding 11 tahun dulu, yang mana Wassiyah Shoppe mula beroperasi pada ketika itu, penerimaan masyarakat memang boleh dikatakan kosong. Tetapi hasil pendidikan dan penerangan yang dijalankan secara berterusan menyebabkan keadaan kini jauh berbeza.

“Selain itu, kesedaran juga telah timbul memandangkan masyarakat Islam kita kini mempunyai kelebihan dari sudut pemilikan aset dan dengan itu menjadikan hibah ini sebagai satu pilihan,” katanya.

Sementara itu, Asmadi berkata, penganjuran seminar tersebut secara tidak langsung dapat mengukuhkan hubungan strategik IBS dengan pihak industri dalam bidang pengurusan harta dan perniagaan Islam.

“IBS memberi pengkhususan bukan sahaja terhadap perkembangan ilmu berkaitan perniagaan Islam juga kepada bidang lain seperti hibah, wasiat dan pengurusan Islam secara menyeluruh.

“Soal harta ini perlu diberi perhatian kerana ia mampu menimbulkan konflik dalam rumah tangga apabila berlaku kematian, jadi dengan seminar ini kita dapat uruskan soal harta dengan lebih baik,” katanya.

Berita Utusan
Rabu, 20 Mei 2015

HIBAH ELAK PERTIKAI WARIS

Sintok: Kekurangan pengetahuan orang ramai terutama mereka yang tinggal di luar bandar mengenai aspek pengurusan harta mengikut Islam perlu dipertingkatkan bagi mengelak pertelingkahan sesama pewaris harta pada masa depan.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa dan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata, berdasarkan pengalamannya mendapati kebanyakan keluarga menghadapi masalah menguruskan harta pusaka selepas kematian si mati kerana tiada pengetahuan.

“Masalah (pengagihan harta) ini selalunya tidak dapat diselesaikan dan akhirnya menjadi punca pertelingkahan antara ahli keluarga kerana gagal menguruskan harta pusaka dengan baik.

“Oleh itu, pemahaman kepada konsep hibah (hadiah) ini secara tidak langsung membolehkan mereka memberi seberapa banyak harta pusaka kepada sesiapa saja tanpa boleh disoal mana-mana pihak.

“Namun, hibah ini hendaklah dilakukan ketika mereka masih hidup dengan melantik agensi pengurusan harta pusaka seperti WasiyyahShoppe Sdn Bhd bagi membantu sekali gus mengelak berlaku isu perebutan harta pusaka selain menyebabkan harta itu dibekukan akibat pewaris enggan memberi kerjasama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Seminar Hibah Kebangsaan 2015 di Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Azrin Sabirin dan Dekan Pusat Pengajian Kewangan Islam (IBS) UUM Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim dan Pengerusi iHibah 2015 Prof Madya Dr Muhammad Nasri Md Hussain.


Harian Metro
Rabu, 20 Mei 2015