Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label Taklimat. Show all posts
Showing posts with label Taklimat. Show all posts

Aktiviti Bulan November


 Tajuk : Kesinambungan Pewarisan Ummah
Antara topik dibincangkan :

1. Hubungan antara usahawan dengan pemilikan saham syarikat, liabiliti/ tanggungan syarikat
2. Hak-hak mutlak sebagai usahawan/ pemilik syarikat atas aset syarikat dan bisnes
3. Kesan pemilikan saham pada pemegang saham
4. Perlaksanaan hibah perniagaan di peringkat perundangan


Tajuk : Seminar Hibah
 Antara topik dibincangkan

1. Masalah dalam pewarisan harta Umat Islam
2. Kaedah Syarak dan keselarian dalam perundangan Malaysia dalam pengurusan dan perancangan harta
3. Faraid asas dan waris-waris yang layak
4. Hibah sebagai alternatif dalam perancangan harta umat Islam
5. Kos yang mahal meyebabkan waris terbeban untuk mewarisi harta si mati


PERKONGSIAN DI FELDA


Lokasi: Felda Raja Alias, Serting, Negeri Sembilan
Tarikh: 28 Jun 2014
Anjuran: Pejabat Agama Islam Daerah Jempol dengan kerjasama Zon Raja Alias

Taklimat perkongsian berkenaan pengurusan dan perancangan tanah Felda yang disampaikan oleh Penasihat yang juga Pengasas Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. iaitu En. Ariffin Sabirin.

Alhamdulillah.. Program yang juga dirasmikan oleh Pegawai Agama Islam Daerah Jempol ini sendiri iaitu Sohibul Fadhilah Tuan Muzahar Bin Mat Deli ini berjalan dengan lancar dan jayanya mencapai matlamat untuk memberikan lebih pencerahan pada seluruh warga Felda di Serting ini. 

Info Gambar Atas: Mengalunkan bersama 99 Nama Allah 'Asma Ul Husna' di awal permulaan majlis.

Info Gambar Sebelah: Pemberian saguhati yang disampaikan oleh Pegawai Agama Islam Daerah Jempol, Tuan Muzahar Bin Mat Deli kepada Penasihat Wasiyyah Shoppe, En. Ariffin Bin Sabirin di penghujung kemuncak majlis.

Program yang berlangsung selama lebih kurang 3 jam ini turut diberi ruang untuk para peserta mengemukakan sebarang persoalan yang dijawab oleh panel yang cukup berpengalaman iaitu, Penasihat Wasiyyah Shoppe itu sendiri En. Ariffin Sabirin dan En. Sulaiman Kadimi yang berpengalaman dalam Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian lebih daripada 10 tahun yang mengalami sendiri permasalahan yang biasa dilalui oleh masyarakat.

Program ini tidak terhenti di sini sahaja. Ia dususuli dengan perkongsian 'turun padang' yang mana warga peneroka secara bersemuka mengemukakan persoalan dan sebarang pertanyaan berkenaan pengurusan dan perancangan tanah Felda ini untuk lebih pencerahan. 

Info Gambar: 
Antara sesi soal jawab secara terus bersemuka bersama Perunding Wasiyyah Shoppe sedang berlangsung untuk mendapat lebih pencerahan.

Alhamdulillah.. 

Semoga semua warga Felda dan penduduk Serting dan sekitar dengannya yang terlibat secara langsung atau tidak mendapat lebih pencerahan bagi memudahkan pengurusan tanah Felda ini agar tidak membebankan di masa hadapan. Insya-Allah..

Kami daripada wakil Wasiyyah Shoppe mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga atas kerjasama yang tinggi sepanjang pertemuan ini. Insya-Allah kita akan berjumpa nanti.

ANDA MUNGKIN MEMINATI:
KLIK: Satu Rumah 2 Nama. Bermasaalahkah?
KLIK: Bersama 'Otai' Hartanah Wanita
KLIK: Anak Angkat Tiada Hak?

Segalanya tentang pengurusan, perancangan harta dan pusaka:

Website:
Facebook Page:

#InfoHartaPusaka
#HartaPusaka

BERSAMA EN. ARIFFIN SABIRIN

Info Foto: Bersama En. Ariffin Sabirin Di Masjid Ampuan Rahimah, Klang

Alhamdulillah...
Perkongsian ilmu berkenaan pengurusan dan perancangan harta pusaka di Masjid Ampuan Rahimah, Klang yang disampaikan oleh En. Ariffin Sabirin yang juga merupakan Penasihat Kumpulan Syarikat Wasiyyah Shoppe. Ia berlangsung pada 26/04/2014 yang lalu.

Info Foto: Suasana Ketika Berlangsung

Ianya bermula sekitar 9:45pagi sehingga jam 1tengah hari. Alhamdulillah, maklumbalas yang diterima sangat positif dari pihak peserta. Malah ada yang memohon untuk kami mengadakan di lokasi sekitar penempatan mereka.

Ya! Penerangan dan pencerahan sesi seperti ini kami adakan secara percuma tanpa sebarang bayaran! Kerana bagi kami, ia merupakan suatu fardhu kifayah yang diamanah Allah untuk disampaikan pada seberapa ramai yang termampu. 

Info Foto: Suasana Ketika Menjamu Selera

Pada yang berminat untuk kami sampaikan pada program yang seperti ini, bolehlah terus hubungi kami di talian:

019-2010 107 (En. Syahman)
Call / SMS / Whatsapp / Telegram

Facebook Page: 
www.facebook.com/infohartapusaka
Website:
www.infohartapusaka.blogspot.com

PERKONGSIAN ILMU DI KLEZCAR


Alhamdulillah.. Syukur ia dipermudahkan.

Perkongsian ilmu berkenaan pungurusan dan perancangan harta pusaka di HQ KLezCar, Petaling Jaya tempoh hari 20/04/2014 lebih cenderung pada keperluan perancangan Hibah dan asas ilmu faraid.

Insya-Allah, semua peserta lebih faham dan jelas tanggungjawab kita terhadap waris yang kita tinggalkan.

"Apa guna kita mengumpul harta berjuta-juta tetapi waris tidak dapat manfaatnya malah 'terbeku' menambahkan lagi jumlah yang terkumpul kini RM66.6 billion. Kita hidup senang, tetapi anak kita hidup dalam kemelaratan."


Facebook Pafe:
www.facebook.com/infohartapusaka