Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label Wasiyyah Shoppe. Show all posts
Showing posts with label Wasiyyah Shoppe. Show all posts

Khutbah Pusaka Dalam Peyelesaian Pusaka

Khutbah Pusaka?
Iaitu ucapan secara lisan untuk memberikan penerangan secara jelas dan tepat kepada waris-waris qodim (layak) dalam pewarisan harta yang ditinggalkan si mati. Ucapan-ucapan tersebut meyentuh isu yang berkaitan hukum-hakam dan proses perundangan Malaysia.

Siapakah yang layak mendengar Khutbah Pusaka?
Waris-waris yang layak mengikut susunan yang ditetapkan di dalam Al-Quran (Faraid). Mereka yang tidak layak, tidak dibenarkan mengganggu proses perjalanan Khutbah Pusaka ini.

Apakah Khutbah Pusaka ini akan menyentuh tentang wasiat si mati?
Adapun wasiat secara umumnya adalah pemberian harta selain kepada anak-anak, isteri dan waris qodim dan bertujuan untuk membuat amal soleh selepas mati. Wasiat adalah sebahagian kecil yang akan disentuh di dalam Khutbah Pusaka yang mana si mati berkemungkinan ada membuat hibah, atau harta sepencarian atau amanah atau wakaf atau perancangan-perancangan lain.

Apakah Khutbah Pusaka meyentuh tentang proses di peringkat perundangan?
Ya, di dalam Khutbah Pusaka, proses yang melibatkan mahkamah dan Pejabat Tanah akan disentuh setelah waris-waris memahami dari sudut hukum-hakam Syarak. Waris-waris perlu memahami tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dipikul berdasarkan sebagai anak atau isteri atau suami atau ibu bapa.

Pembahagian faraid bukanlah semata-mata angka-angka yang dilihat seperti 1/4, 1/8 atau lain-lain tetapi didatangkan dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang telah ditaklifkan (diamanahkan).

Selain di atas, apakah yang akan disebutkan di dalam Khutbah Pusaka?
Sebahagian besar Khutbah Pusaka meyebutkan tentang harta dan tanggungjawab yang perlu waris hadapi sama ada di peringkat keluarga ataupun perundangan. Khutbah pusaka juga akan meyebutkan perancanga-perancangan seperti hibah dan wasiat Islam 1/3. Adapun borang-borang yang perlu diisi untuk membuat tuntutan juga akan diperingatkan ketika Khutbah Pusaka dijalankan.

Apakah Khutbah Pusaka ini melibatkan kos?
Khutbah Pusaka ini dijalankan secara amanah dan profesional oleh pihak tertentu. Sekiranya ahli keluarga memilih untuk menjalankan Khutbah Pusaka bersama dengan peguam atau syarikat amanah, kos berdasarkan harta-harta apa yang akan diuruskan dan Akta Probet & Pentadbiran membenarkan cas sehingga 5% dari nilai semasa. Contoh si mati meninggalkan RM 500,000 x 5% = RM 25,000 waris-waris perlu tanggung.

Manakala di Wasiyyah Shoppe, Khutbah Pusaka dijalankan secara percuma untuk waris-waris ANDA. Khutbah Pusaka boleh dibuat di mana sahaja mengikut kesesuaian waris-waris dan boleh memilih waktu tanpa mengira hari cuti atau bekerja. Selain itu, Wasiyyah Shoppe juga akan membantu waris-waris di peringkat perundangan (Mahkamah / Pejabat Tanah) tanpa sebarang kos.

Jika anda adalah pemilik harta,apakah yang boleh menjamin harta anda diuruskan oleh waris-waris tanpa bebanan tanggungjawab dan kos kepada mereka?

Usah menambah 66 bilion harta pusaka Umat Islam di Malaysia.


PEWARISAN PERNIAGAAN ANDA / HIBAH SYARIKAT


Apa itu hibah?

Dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya.

Dari segi istilahnya ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

Hukum dan pensyariatan hibah
Dari segi hukum, hibah adalah satu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga yang terdekat. Firman Allah S.W.T :

"kemudian jika mereka Dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya" (Surah an-Nisa, ayat 4)

Rukun Hibah

Rukun-rukun hibah mestilah dipenuhi agar akad tersebut sah iaitu :
1. Pemberi hibah (al-wahib)
2. Penerima hibah (al-mawhub lahu)
3. Barang atau harta yang dihibahkan (al-mawhub)
4. Sighah iaitu ijab dan qobul

Dan syarat tambahan (syarat luzum) dalam Mazhab Syafie penerimaan barang (al-qabdu)

Situasi perniagaan Umat Islam hari ini

Umat Islam di Malaysia hari ini dilihat positif dalam perniagaan. Tetapi sayang, hala tuju syarikat selepas kematian pemilik saham masih dalam kesamaran. Persoalan demi persoalan, mereka masih lagi belum memiliki jawapannya .

Siapakah yang akan meneruskan legasi perniagaan mereka?
Apakah bentuk perjanjian yang dipegang oleh pemilik-pemilik saham?
Apakah kesan syarikat tanpa ada hibah perniagaan?
Berapakah kos yang dikenakan terhadap waris mereka untuk mendapatkan probet?

Peranan Wasiyyah Shoppe

Wasiyyah Shoppe merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang menumpukan sepenuhnya dalam pewarisan secara Syariah. Dalam situasi ini, bagi mereka yang mempunyai saham atau perniagaan hendaklah mengetahui kesan-kesan apabila ketiadaan mereka (iaitu mati). Anda boleh merujuk pada perunding-perunding kami di sini

Hibah perniagaan anda?

Secara asas perniagaan anda boleh dihibah. Segala aktiviti dan perjalanan perniagaan anda tidaklah menjadi skop yang kecil apabila anda telah membuat hibah. Peranan anda di dalam syarikat tetap sama cuma yang membezakannya apabila berlaku kematian, segala perhitungan berjalan lancar. Begitu juga kos/fi yang dikenakan terhadap waris yang menggantikan anda telah pun diketahui sebelum kematian berlaku.

Apa yang ditakuti pengganti/ waris anda ialah berapakah kos tersembunyi untuk menggantikan anda?

Di Wasiyyah Shoppe, anda telah mengetahui apakah peranan anda dan berapa kos dikenakan terhadap anda iaitu tanpa kos-kos tersembunyi.

Apakah kos-kos tersembunyi?

Antara kos-kos tersembunyi tersebut termasuklah nilai harta, penyimpanan, perjalanan, penfailan, guaman, penterjemahan, carian rasmi, pesuruhjaya sumpah dan banyak lagi

Di mana hibah perniagaan disahkan

Hibah adalah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Justeru itu pengishtiharan hibah perniagaan ini diperolehi di Mahkamah Tinggi Syariah.

Wasiyyah Shoppe telah menerima perintah hibah perniagaan di mahkamah?

Ya, kami telah menerimah perintah tersebut.


BERSAMA 'OTAI'!


Perkongsian ketika di pejabat Wasiyyah Shoppe HQ Jalan Kuching. Maaf, gambar diambil secara spontan :-)

Kali pertama jumpa dengan Kak Nur Fadhlina (lebih dikenali sebagai Kak Fad) ketika di HQ Wasiyyah Shoppe yang terletak di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Beliau lebih berkhidmat di Kuantan, Pahang yang sentiasa ingin menceritakan pengalamannya. Banyak pengalaman beliau sepanjang bersama Wasiyyah Shoppe yang sangat berharga yang boleh kami ambil sebagai pengajaran.

Pesanan ikhlas beliau..

"Niatkan untuk membantu, keuntungan itu kemudian. Yakinlah.. rezeki itu Dia yang tentukan."

Lebih kuranglah ayatnya 

Ya memang betul. Sampaikan ada yang kata berseloroh..

"Nak kaya cepat, bukan sini tempatnya!"



Terfikir saya kembali.. Niat perlu diperbetulkan. Sememangnya niat di awal sebelum penglibatan saya di dalam Wasiyyah Shoppe ini adalah sebab untuk membantu atas kerana pengalaman saya menguruskan harta arwah ibu dan arwah ayah sebelum ini yang bukan mudah.

Insya-Allah, saya akan membantu sedaya yang mampu.

Facebook Page:
www.facebook.com/infohartapusaka