Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda

Khutbah Pusaka Dalam Peyelesaian Pusaka

Khutbah Pusaka?
Iaitu ucapan secara lisan untuk memberikan penerangan secara jelas dan tepat kepada waris-waris qodim (layak) dalam pewarisan harta yang ditinggalkan si mati. Ucapan-ucapan tersebut meyentuh isu yang berkaitan hukum-hakam dan proses perundangan Malaysia.

Siapakah yang layak mendengar Khutbah Pusaka?
Waris-waris yang layak mengikut susunan yang ditetapkan di dalam Al-Quran (Faraid). Mereka yang tidak layak, tidak dibenarkan mengganggu proses perjalanan Khutbah Pusaka ini.

Apakah Khutbah Pusaka ini akan menyentuh tentang wasiat si mati?
Adapun wasiat secara umumnya adalah pemberian harta selain kepada anak-anak, isteri dan waris qodim dan bertujuan untuk membuat amal soleh selepas mati. Wasiat adalah sebahagian kecil yang akan disentuh di dalam Khutbah Pusaka yang mana si mati berkemungkinan ada membuat hibah, atau harta sepencarian atau amanah atau wakaf atau perancangan-perancangan lain.

Apakah Khutbah Pusaka meyentuh tentang proses di peringkat perundangan?
Ya, di dalam Khutbah Pusaka, proses yang melibatkan mahkamah dan Pejabat Tanah akan disentuh setelah waris-waris memahami dari sudut hukum-hakam Syarak. Waris-waris perlu memahami tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dipikul berdasarkan sebagai anak atau isteri atau suami atau ibu bapa.

Pembahagian faraid bukanlah semata-mata angka-angka yang dilihat seperti 1/4, 1/8 atau lain-lain tetapi didatangkan dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang telah ditaklifkan (diamanahkan).

Selain di atas, apakah yang akan disebutkan di dalam Khutbah Pusaka?
Sebahagian besar Khutbah Pusaka meyebutkan tentang harta dan tanggungjawab yang perlu waris hadapi sama ada di peringkat keluarga ataupun perundangan. Khutbah pusaka juga akan meyebutkan perancanga-perancangan seperti hibah dan wasiat Islam 1/3. Adapun borang-borang yang perlu diisi untuk membuat tuntutan juga akan diperingatkan ketika Khutbah Pusaka dijalankan.

Apakah Khutbah Pusaka ini melibatkan kos?
Khutbah Pusaka ini dijalankan secara amanah dan profesional oleh pihak tertentu. Sekiranya ahli keluarga memilih untuk menjalankan Khutbah Pusaka bersama dengan peguam atau syarikat amanah, kos berdasarkan harta-harta apa yang akan diuruskan dan Akta Probet & Pentadbiran membenarkan cas sehingga 5% dari nilai semasa. Contoh si mati meninggalkan RM 500,000 x 5% = RM 25,000 waris-waris perlu tanggung.

Manakala di Wasiyyah Shoppe, Khutbah Pusaka dijalankan secara percuma untuk waris-waris ANDA. Khutbah Pusaka boleh dibuat di mana sahaja mengikut kesesuaian waris-waris dan boleh memilih waktu tanpa mengira hari cuti atau bekerja. Selain itu, Wasiyyah Shoppe juga akan membantu waris-waris di peringkat perundangan (Mahkamah / Pejabat Tanah) tanpa sebarang kos.

Jika anda adalah pemilik harta,apakah yang boleh menjamin harta anda diuruskan oleh waris-waris tanpa bebanan tanggungjawab dan kos kepada mereka?

Usah menambah 66 bilion harta pusaka Umat Islam di Malaysia.



EmoticonEmoticon