Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Haji, Pusaka, dan Pampasan

Haji, Pusaka, dan Pampasan

Image result for haji
Haji adalah suatu kewajipan bagi yang mampu dari segi fizikal dan perbelanjaan. Jika arwah masih belum menunaikan haji, waris-waris hendaklah melakukan badal haji.

Badal haji termasuk hutang yang perlu dibayar sebelum agihan harta. Sekiranya anak arwah menggunkan duitnya sendiri, tidak ada halangan dari sudut syarak.

Walaupun hutang ini hubungan dengan Tuhannya, tetapi ia suatu kewajipan yang perlu dibayar bagi meyempurnakan rukun Islam.

Andai Islam ini sebuah motosikal, adakah boleh berjalan tanpa tayar?
-------

Hadith menyebutkan :

يغفر للشهيد كل ذنب إلا الدين

“Setiap dosa orang yang mati syahid akan diampuni Allah swt, kecuali hutang.”

-HR Muslim

Hadith lain menyebutkan ;

من ملك زاداً وراحلة تبلغه إلى بيت الله الحرام فلم يحج فلا عليه أن يموت يهودياً أو نصرانياً

“Barangsiapa yang telah memiliki bekal dan kendaraan lalu dia tidak menunaikan haji, maka matinya sebagai Yahudi atau Nasrani”

-HR Baihaqi, At-Turmizi
( As-Syaukani menyebutkan sebagai hadith hasan lighairihi )
----



Jika waris telah mengeluarkan Tabung Haji melalui penamaan, bolehlah diambil sedikit untuk membayar badal haji.

Pampasan takaful juga mampu untuk membayar segala jenis hutang terutama badal haji ini. Ada sesetengah wakalah yang memberikan secara pakej untuk badal haji.

Sebahagian pencarum takaful ada yang menghibahkan kesemua pampasannya. Apabila sudah membuat hibah, ia terkeluar dari harta pusaka.

Waris yang menerima pampasan takaful berhak sama ada hendak membayarkan hutang badal haji atau tidak kerana ia bukan harta pusaka si mati.
---

Sudahkah kita bersiap sedia dengan pewarisan untuk waris? Antara objektif penting dalam urusan pusaka :

1. Menghindarkan waris termakan harta batil
2. Memudahkan waris mencairkan semua harta tidak melebihi setahun.
Perunding Pusaka vs Perunding Takaful

Perunding Pusaka vs Perunding Takaful

Image result



Perunding Pelaburan vs Perunding Takaful vs Perunding Pusaka. 

Ketiga-tiga perunding mempunyai objektif yang sama iaitu memberi kefahaman kepada masyarakat tentang muamalat Islam. Selain itu, peranan besar pada mereka ini adalah agar masyarakat tidak terjerumus ke dalam dosa harta batil, riba, gharar, maisir dan anak yatim. 

Dalam soal ekonomi, mereka ini secara tidak langsung meningkatkan serta menyelamatkan kewangan individu, keluarga, bahkan kewangan umat Islam. Secara sifirnya, semakin banyak individu mempunyai harta semakin bayak zakat boleh disumbangkan dan semakin banyak harta boleh diinfakkan.
----

Secara detail, peranan mereka dari segi perlaksanaan adalah berbeza-beza. Perunding pelaburan memastikan individu berjimat cermat disamping mengembangkan harta secara "smart". Boleh juga pelaburan ini sebagai aset di hari tua dan memastikan anak isteri mendapat perbelanjaan secukupnya.

Perunding takaful pula biasa mengingatkan akan hal-hal musibah yang tidak dijangka. Kemungkinan apabila kita memerlukan rawatan, saudara-mara dan kawan-kawan jika mereka sumbangkan dalam bentuk kewangan hanya dapat memberikan sekurang-kurang RM 100-200.

Perunding hibah atau Wasiyyah Shoppe ini pula peranannya memastikan waris-waris arwah faham akan hak yang diperolehi disamping peranan mereka menerangkan bagaimana mendapatkan Surat Kuasa. Mustahil suami mati, isteri boleh menuju terus ke JPJ untuk menukar namanya. 

-----


“Apabila selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah apa yang kamu hajati dari kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya (dunia dan akhirat).”
(Surah Al-Jumu’ah 62: 10)

“Sesungguhnya Allah mencintai seorang diantara kalian yang jika bekerja, maka ia bekerja dengan baik.”

-HR Baihaqi