Perunding Pelaburan vs Perunding Takaful vs Perunding Pusaka.
Ketiga-tiga perunding mempunyai objektif yang sama iaitu memberi kefahaman kepada masyarakat tentang muamalat Islam. Selain itu, peranan besar pada mereka ini adalah agar masyarakat tidak
terjerumus ke dalam dosa harta batil, riba, gharar, maisir dan anak
yatim.
Dalam soal ekonomi, mereka ini secara tidak langsung meningkatkan serta menyelamatkan kewangan individu, keluarga, bahkan kewangan umat Islam. Secara sifirnya, semakin banyak individu mempunyai harta semakin
bayak zakat boleh disumbangkan dan semakin banyak harta boleh
diinfakkan.
----
Secara detail, peranan mereka dari segi perlaksanaan adalah berbeza-beza. Perunding pelaburan memastikan individu berjimat cermat disamping
mengembangkan harta secara "smart". Boleh juga pelaburan ini sebagai aset di hari tua dan memastikan anak isteri mendapat perbelanjaan secukupnya.
Perunding takaful pula biasa mengingatkan akan hal-hal musibah yang tidak dijangka. Kemungkinan apabila kita memerlukan rawatan, saudara-mara dan
kawan-kawan jika mereka sumbangkan dalam bentuk kewangan hanya dapat
memberikan sekurang-kurang RM 100-200.
Perunding hibah atau Wasiyyah Shoppe ini pula peranannya memastikan waris-waris arwah faham akan
hak yang diperolehi disamping peranan mereka menerangkan bagaimana mendapatkan Surat Kuasa. Mustahil suami mati, isteri boleh menuju terus ke JPJ untuk menukar namanya.
-----
“Apabila selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan
carilah apa yang kamu hajati dari kurniaan Allah dan ingatlah Allah
banyak-banyak supaya kamu berjaya (dunia dan akhirat).”
(Surah Al-Jumu’ah 62: 10)
“Sesungguhnya Allah mencintai seorang diantara kalian yang jika bekerja, maka ia bekerja dengan baik.”
-HR Baihaqi
EmoticonEmoticon