Salah faham terhadap konsep pengurusan harta ketika hidup dan selepas kematian menyebabkan ada yang memberi tanggapan kurang tepat terhadap amalan hibah dan faraid. Ada tuduhan tidak berasas menyatakan hibah adalah satu cara atau helah bagi mengelak daripada berdepan hukum faraid.
Tidak kurang yang berpendapat hibah wajar dilaksanakan kerana dapat mengurangkan risiko perebutan harta pusaka di antara ahli keluarga. Ia seolah-olah memperlihatkan kecelaruan atau ketidak adilan berlaku dalam syariat Islam.
Sedangkan, hibah adalah salah satu instrumen yang disyariatkan bagi membantu umat Islam merancang dan mengurus harta mereka dengan sistematik ketika masih hidup. Sementara faraid hanya akan terpakai membabaitkan agihan harta kepada individu yang berhak selepas berlaku kematian.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan MAlaysia (UKM), Dr Noor Lizza Mohamed Said, berkata konsep hibah menyamai amalan sedekah, cuma terdapat perbezaan pada proses perlaksanaan kerana ada rukun dan syarat yang perlu dipatuhi.
Perlu ada dokumen bertulis
"Terdapat empat rukun hibah iaitu pemberi hibah, penerima harta yang dihibah dan lafaz ijab kabul. Akad hibah perlu jelas di mana pemberi dan penerima perlu ahu dengan jelas harta yang dihibahkan itu," katanya.
Beliau berkata, hibah adalah pemberian sebagai tanda kasih sayang secara sukarela kebiasaannya kepada anggota keluarga, sahabat dan orang yang memerlukan ketika pemberi serta penerima massih hidup.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Menderma seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan aanak yatim dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang yang meminta."
(Surah al-Baqarah, ayat 177)
Menurut Noor Lizza, walaupun hibah dikira sah hanya dengan adanya akad pemberi dengan penerima hibah, tetapi adalah lebih baik jika pemberian itu dibuat secara bertulis dalam bentuk dokumen yang boleh dijadikan bukti wujudnya proses hibah itu.
Katanya, ini bagi mengelak timbul masalah atau pertikaian pada kemudian hari, selain memastikan hak penerima hibah terpelihara. Hibah juga adalah kaedah pewarisan yang dibuat bertujuan memudahkan pengurusan harta kepada yang diberi hak.
Salah faham hibah
Bagaimanapun, katanya, timbul salah faham mengenai harta hibah ini kerana dalam sesetangah situasi, pemberi hibah masih mendapat manfaat daripada harta yang sudah diberi kepada penerima hibah apabila hibah dibuat aalah hibah bersyarat.
"Contohnya hibah bersyarat, ibu memberitahu secara lisan kepada anak sulung dia menghibahkan rumah itu kepdanya dengan syarat ibu tinggal dirumah itu sehingga dia meninggal dunia. Ia sah mengikut hukum syarak kerana menepati rukun dan syarat hibah."
"Walaupun dokumen hak milik belum bertukar nama si anak, cukup dengan pemberi melafazkannya dan syarat yang ditetapkan dipersetujui penerima. Anak menerima milik rumah dihibahkan kepadanya ketika ibu masih hidup dan tinggal di rumah itu," katanya.
Katanya, masalah juga boleh timbul apabila pemberian itu hanya diketauhi oleh pemberi dan penerima hibah, sedangkan waris lain tidak dimaklumkan. Ia menyebabkan berlaku pertelingkahan terutama jika ada waris yang tidak bersetuju dengan pemberian itu.
Oleh itu, cara terbaik adalah menukar nama hak milik kepada penerima menerusi proses yang sah, dibenarkan syarak mengikut peraturan ditetapkan.
Boleh tarik balik
Pesnyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Dr Mohd Zamro Muda, berkata pemberian hibah boleh ditarik balik dalam keadaan tertantu dan pemberi mestilah dalam kalangan ibu, bapa, datuk atau nenek sahaja.
Beliau memberi dalil sabda Rasulullah SAW:
"Tidak halal bagi seseorang memberi sesuatu pemberian kemudian dia menarik balik pemberian itu kecuali apa yang diberi oleh bapa kepada anaknya."
(Riwayat Ibnu Majah)
"Tidak halal bagi seseorang memberi sesuatu pemberian kemudian dia menarik balik pemberian itu kecuali apa yang diberi oleh bapa kepada anaknya."
(Riwayat Ibnu Majah)
Katanya, ia menunjukkan Islam menjaga pemilik harta terutama ibu bapa yang mempunyai kuasa mutlak ke atas hartanya selagi mereka masih hidup. Selain itu anak tidak sewenang-wenangnya menderhaka, menganiya atau mengambil kesempatan ke atas hata milik ibu bapa mereka.
"Tidak wujud istilah buruk siku dalam penarikan semula hibah oleh ibu, baoa, datuk atau nenek kepada anak cucu mereka, tetapi ia mesti dilakukan ketika pemberi dan penerima masih hidup, manakala harta yang dihibahkan masih berada dalam pemilikan penerima.
"Jadi, jika pemberi menukar fikiran untuk mengambil baik harta atau mengambil balik harta atau memebri harta itu kemudian dihibahkan kepada orang lain, ia tidak menjadi kesalahan dan secara automatik hibah kedua membatalkan hibah pertama," katanya.
KWSP ikut hukum faraid
Sementara itu, menyentuh isu membabitkan wang kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), wang berkenaan termasuk dalam harta pusaka dan tertakluk dalam harta pusaka dan tertakluk sepenuhnya kepada hukum faraid.
Katanya, penama yang diletakkan pada borang penerimaan hanya sebagai wasi atau pentadbir dan ini bermakna individu itu perlu mengagihkan kepada waris yang layak. Tidak dinafikan berlaku pecah amanah apabila penama membolot keseluruhan harta.
"Bagaimana, waris yang berhak boleh membawa perkara itu ke mahkamah dan memohon untuk diistiharkan sebagai harta pusaka supaya dapat dibahagikan kepada semua waris," katanya.
Beliau menyarankan pihak KWSP tampil dengan inisiatif yang lebih berkesan bagi menyedarkan umat Islam terutama individu yang dilantik sebagai penama untuk menjalankan tanggungjawab pengurusan harta mengikut syariat.
Antara cadangan ialah memberi surat ingatan kepada penama ketika penyerahan wang KWSP supaya mereka lebih jelas akan hak dan peranan yang perlu dimainkan bagi menguruskan wang berkenaan mengikut hukum faraid.
Sumber: Berita Harian, Jumaat, 17.11.2017 (IBRAH)
EmoticonEmoticon