Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

HIBAH ELAK PERTIKAI WARIS

Sintok: Kekurangan pengetahuan orang ramai terutama mereka yang tinggal di luar bandar mengenai aspek pengurusan harta mengikut Islam perlu dipertingkatkan bagi mengelak pertelingkahan sesama pewaris harta pada masa depan.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa dan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata, berdasarkan pengalamannya mendapati kebanyakan keluarga menghadapi masalah menguruskan harta pusaka selepas kematian si mati kerana tiada pengetahuan.

“Masalah (pengagihan harta) ini selalunya tidak dapat diselesaikan dan akhirnya menjadi punca pertelingkahan antara ahli keluarga kerana gagal menguruskan harta pusaka dengan baik.

“Oleh itu, pemahaman kepada konsep hibah (hadiah) ini secara tidak langsung membolehkan mereka memberi seberapa banyak harta pusaka kepada sesiapa saja tanpa boleh disoal mana-mana pihak.

“Namun, hibah ini hendaklah dilakukan ketika mereka masih hidup dengan melantik agensi pengurusan harta pusaka seperti WasiyyahShoppe Sdn Bhd bagi membantu sekali gus mengelak berlaku isu perebutan harta pusaka selain menyebabkan harta itu dibekukan akibat pewaris enggan memberi kerjasama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Seminar Hibah Kebangsaan 2015 di Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Azrin Sabirin dan Dekan Pusat Pengajian Kewangan Islam (IBS) UUM Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim dan Pengerusi iHibah 2015 Prof Madya Dr Muhammad Nasri Md Hussain.


Harian Metro
Rabu, 20 Mei 2015

Aktiviti Bulan November


 Tajuk : Kesinambungan Pewarisan Ummah
Antara topik dibincangkan :

1. Hubungan antara usahawan dengan pemilikan saham syarikat, liabiliti/ tanggungan syarikat
2. Hak-hak mutlak sebagai usahawan/ pemilik syarikat atas aset syarikat dan bisnes
3. Kesan pemilikan saham pada pemegang saham
4. Perlaksanaan hibah perniagaan di peringkat perundangan


Tajuk : Seminar Hibah
 Antara topik dibincangkan

1. Masalah dalam pewarisan harta Umat Islam
2. Kaedah Syarak dan keselarian dalam perundangan Malaysia dalam pengurusan dan perancangan harta
3. Faraid asas dan waris-waris yang layak
4. Hibah sebagai alternatif dalam perancangan harta umat Islam
5. Kos yang mahal meyebabkan waris terbeban untuk mewarisi harta si mati


SEMINAR DI PKNS BIZ POINT, SEKSYEN 7, SHAH ALAM



Info Gambar: Pandangan Hadapan PKNS Biz Point & Peta Ke Lokasi Seminar

BERMASAALAH DALAM PERANCANGAN HARTA & PUSAKA?

Adalah anda tergolong dalam golongan yang tersenarai di bawah?

1. Mempunyai anak perempuan sahaja
2. Pasangan yang tidak mempunyai anak
3. Berpoligami
4. Mempunyai anak angkat
5. Mempunyai harta dan merancang untuk mewariskan pada orang tertentu

Seminar ini KHAS untuk anda! Bagi mengelakkan WARIS yang anda tinggalkan tidak mendapat manfaat daripada harta peninggalan sepanjang hidup yang anda usahakan.

Hanya RM50/seorang. Diskaun diberikan pada yang mendaftar 4 orang, RM180 sahaja.

TEMPAT TERHAD! SMS sekarang untuk pendaftaran:

NAMA & No. KAD PENGENALAN 
ke
012-258 0229 atau 010-227 0015

#InfoHartaPusaka
#HartaPusaka

PERKONGSIAN DI FELDA


Lokasi: Felda Raja Alias, Serting, Negeri Sembilan
Tarikh: 28 Jun 2014
Anjuran: Pejabat Agama Islam Daerah Jempol dengan kerjasama Zon Raja Alias

Taklimat perkongsian berkenaan pengurusan dan perancangan tanah Felda yang disampaikan oleh Penasihat yang juga Pengasas Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. iaitu En. Ariffin Sabirin.

Alhamdulillah.. Program yang juga dirasmikan oleh Pegawai Agama Islam Daerah Jempol ini sendiri iaitu Sohibul Fadhilah Tuan Muzahar Bin Mat Deli ini berjalan dengan lancar dan jayanya mencapai matlamat untuk memberikan lebih pencerahan pada seluruh warga Felda di Serting ini. 

Info Gambar Atas: Mengalunkan bersama 99 Nama Allah 'Asma Ul Husna' di awal permulaan majlis.

Info Gambar Sebelah: Pemberian saguhati yang disampaikan oleh Pegawai Agama Islam Daerah Jempol, Tuan Muzahar Bin Mat Deli kepada Penasihat Wasiyyah Shoppe, En. Ariffin Bin Sabirin di penghujung kemuncak majlis.

Program yang berlangsung selama lebih kurang 3 jam ini turut diberi ruang untuk para peserta mengemukakan sebarang persoalan yang dijawab oleh panel yang cukup berpengalaman iaitu, Penasihat Wasiyyah Shoppe itu sendiri En. Ariffin Sabirin dan En. Sulaiman Kadimi yang berpengalaman dalam Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian lebih daripada 10 tahun yang mengalami sendiri permasalahan yang biasa dilalui oleh masyarakat.

Program ini tidak terhenti di sini sahaja. Ia dususuli dengan perkongsian 'turun padang' yang mana warga peneroka secara bersemuka mengemukakan persoalan dan sebarang pertanyaan berkenaan pengurusan dan perancangan tanah Felda ini untuk lebih pencerahan. 

Info Gambar: 
Antara sesi soal jawab secara terus bersemuka bersama Perunding Wasiyyah Shoppe sedang berlangsung untuk mendapat lebih pencerahan.

Alhamdulillah.. 

Semoga semua warga Felda dan penduduk Serting dan sekitar dengannya yang terlibat secara langsung atau tidak mendapat lebih pencerahan bagi memudahkan pengurusan tanah Felda ini agar tidak membebankan di masa hadapan. Insya-Allah..

Kami daripada wakil Wasiyyah Shoppe mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga atas kerjasama yang tinggi sepanjang pertemuan ini. Insya-Allah kita akan berjumpa nanti.

ANDA MUNGKIN MEMINATI:
KLIK: Satu Rumah 2 Nama. Bermasaalahkah?
KLIK: Bersama 'Otai' Hartanah Wanita
KLIK: Anak Angkat Tiada Hak?

Segalanya tentang pengurusan, perancangan harta dan pusaka:

Website:
Facebook Page:

#InfoHartaPusaka
#HartaPusaka