Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda
Showing posts with label Poligami. Show all posts
Showing posts with label Poligami. Show all posts

POLIGAMI: PEMBAHAGIAN FARAID


Semua sedia maklum bahawa poligami merupakan antara topik hangat yang selalu dipersoalkan terutamanya di dalam kes pengurusan HARTA PUSAKA.

Tahukah kita bahawa PEMBAHAGIAN PUSAKA sekiranya meninggalnya suami ini tadi berapa bahagian FARAID pada isteri-isteri yang ditinggalkannya? 

Secara ringkasnya, bahagian isteri-isteri ini mengikut hukum FARAID sekiranya mempunyai anak adalah:

Suami beristeri 1: 1/8 bahagian seorang
Suami beristeri 2: 1/16 bahagian bagi setiap seorang
Suami beristeri 3: 1/24 bahagian bagi setiap seorang 
Suami beristeri 4: 1/32 bahagian bagi setiap seorang  

Tanpa kompromi pembahagian setiap isteri-isterinya samaada segi nilai sentimental 'tempoh lama hidup bersama' berbanding isteri-isteri yang lain. Semuanya sama pembahagian.

Sekiranya kesedaran suami semasa hidupnya berhasrat untuk membahagikan mengikut kehendak dan kasih sayang semasa hidup, DOKUMEN HIBAH ini memainkan peranan penting.

"HIBAH ini terlaksana semasa HIDUP,
PENGURUSANNYA dilakukan selepas KEMATIAN."

------------------------

LIKE FB Page kami: www.facebook.com/InfoHartaPusaka

ANDA MUNGKIN MEMINATI:

KLIK: (Video) Hibah & Proses Penukaran Nama
KLIK: (Struktur Faraid) FARAID ASAS
KLIK: Bersama Sahabat Perjuangan Dahulu

KELEBIHAN BERPOLIGAMI?

Banyak sumber yang saya terima sebelum ini berkenaan kelebihan berpoligami.
"Poligami Panjang Umur."
Ya! Ia suatu kelebihan! Ia tidak dinafikan. Tapi persediaan yang teliti juga perlu dikaji dahulu  Bukan hanya persediaan semasa hidup yang diambil perhatian, persediaan selepas mati juga tidak terkecuali.
Tahukah anda pembahagian harta mengikut faraid terhadap isteri-isteri anda adalah dipanggil 'mesra' "kali 8" apabila anda 'pergi' nanti?
- Seorang isteri tiada anak 1/4
- Seorang isteri mempunyai anak 1/8
- 2 isteri 1/16 bagi setiap seorang
- 3 isteri 1/24 bagi setiap seorang
- 4 isteri 1/32 bagi setiap seorang
Pembahagian dibahagi sama rata secara adil walaupun anda 'hidup lebih lama' bersama isteri pertama ketika hidup dahulu.
Jadi, rumah yang didiami oleh isteri pertama bagaimana? Tetap jua ada hak terhadap isteri - Isteri yang lain.
Rasa-rasanyakan..
Di sinilah dokumen Hibah mengambil peranan. Ianya terpulang bagi suami semasa hidup untuk membahagikan mengikut kehendaknya.
"Mungkin yang lama 'servis' dapat lebih?"
Terpulang... 

Facebook Page: www.facebook.com/hartapusaka