Keluarga Anda 1 : Suami Dan Isteri Tiada Anak
Ada dikalangan keluarga kita atau rakan-rakan kita tidak mempunyai zuriat (anak). Tatkala ini, suami atau isteri perlulah mengetahui hak setiap pasangan sekiranya salah seorang dari mereka meninggal.
Secara asasnya :
1) Jika suami meninggal isteri mendapat 1/4 harta
2) Jika isteri meninggal suami mendapat 1/2 harta
Suami : Ramli bin Awang (si mati)
Isteri : Raihana binti Wahid
Harta yang diperolehi isterinya adalah 1/4:
a) Rumah - RM 400,000 (RM 100,000)
b) KWSP - RM 45,000 (RM 11,250)
c) T.Haji - RM 14,000 (RM 3,500)
d) Akaun Bank - RM 3,000 (RM 750)
e) Kereta - RM 25,000 (RM 6,250)
f) ASB - RM 35,000 (RM 8,750)
Jumlah harta - RM 522,000
Isteri terima - RM 130,500
Jika semasa hayat En, Ramli ingin memberikan rumah, ASB dan Tabung Haji kepada isterinya maka akad hibah perlu dibuat. Nilai-nilai harta akan berubah seperti berikut ;
a) Rumah - RM 400,000 (semua)
b) KWSP - RM 45,000 (RM 11,250)
c) T.Haji - RM 14,000 (semua)
d) Akaun Bank - RM 3,000 (RM 750)
e) Kereta - RM 25,000 (RM 6,250)
f) ASB - RM 35,000 (semua)
Jumlah harta - RM 522,000
Isteri terima - RM 467,250
---------------------------------
SOALAN : Adakah rumah masih berhutang boleh dihibahkan?
---------------------------------
Untuk mendapatkan konsultan di rumah anda secara percuma boleh
Hubungi : Putra CP team
E-mail : wssbgroup1@gmail.com
EmoticonEmoticon