Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda

Persiapan Haji & Umrah Dalam Pengurusan Harta

Jemaah Haji dan Umrah perlu bersedia mental & fizikal
Ibadah Haji dan Umrah memerlukan persediaan fizikal dan mental, rohani dan jasmani. Perjalanan merentasi sempadan untuk melakukan ibadah ini memerlukan kesihatan yang baik, tubuh badan yang kuat, spritual dalam meyelusuri manusia-manusia yang pelbagai bangsa dan memerlukan kecukupan tambang pergi dan pulang, makan minum serta kecukupan perbelanjaan waris-waris yang ditinggalkan.

Rasulullah SAW bersabda :

“Apabila seseorang pergi menunaikan haji dengan perbelanjaan yang baik (halal) dan meletakkan langkah kakinya, kemudian dia melaungkan: “Labaik Allahumma Labaik.” (Ya Allah! Inilah aku datang menyahut pangillanMu). Maka menyeru ia oleh seorang penyeru dari langit: “Allah sambut kedatanganmu semoga kamu akan bahagia (kerana) bekalanmu halal dan kenderaanmu (dari hasil yang) halal, maka haji engkau mabrur (diterima) tidak dicampuri dosa (tidak ditolak).”

Sebaliknya apabila seseorang pergi haji dengan perbelanjaan yang haram, lalu dia melangkah kaki sambil menyeru: “Labaik Allahumma Labaik!” (Ya Allah! Daku sahut panggilanMu). Maka menyeru seorang penyeru dari langit: “Tidak diterima kunjunganmu, dan tidak berbahagia keadaanmu! (Kerana) bekalanmu haram, perbelanjaanmu (dari harta yang) haram, maka hajimu dicampuri dosa (tidak diterima), tidak mendapat pahala.” (Hadith Riwayat Tabrani dari Abu Hurairah r.a)

Dalam menumpukan sepenuhnya terhadap ibadah ini, harta-harta yang ditinggalkan di Malaysia perlulah diurus dengan baik agar apabila berlaku kematian tidaklah menjadi bebanan waris-waris untuk mewarisi harta yang ditinggalkan. 3 perkara besar waris perlu hadapi untuk mewarisi harta yang ditinggalkan :

1. Siapakah waris-waris yang layak dan berapakah jumlah setiap mereka memperolehi harta (faraid)?
2. Apakah harta yang ditinggalkan dan di manakah proses itu perlu dilaksanakan?
3. Berapakah kos waris-waris terpaksa tanggung untuk menyelesaikan pewarisan ini?

Mungkin harta-harta itu tidak sebanyak mana seperti rumah dan akaun bank tetapi dalam perlaksanaan Syarak dan perundangan, sedikit atau banyak harta perjalanan proses tetap sama. Jumlah 2 juta ke bawah bicara di Pejabat Pesaka Kecil (Pejabat Tanah) dan 2 juta ke atas bicara di mahkamah.

Untuk kos pengurusan pula, waris-waris perlulah bersedia atas harta yang ditinggalkan kerana apabila memanggil pihak ke-3, 5% dari jumlah harta semasa boleh dikenakan.

Contohnya,
Rumah (RM400,000) + akaun simpanan (RM10,000) = RM 410,000.
RM 410,000 x 5% = RM20,500
Wukuf di Arafah
Jadi, apakah jalan terbaik bagi memastikan harta-harta yang ditinggalkan kelak tidak membebankan waris dari segi urusan dan kos yang perlu ditanggung untuk menyelesaikan seluruh harta yang ditinggalkan?

Sebagai pemilik harta, perlulah  :
1. Waris-waris tahu berapa bahagian mereka
2. Waris-waris  yang ditinggalkan tidak dibebani dengan proses untuk pewarisan
3. Waris-waris tidak dibebani dengan kos yang perlu dikeluarkan
4. Harta-harta yang ditinggalkan itu tidak berkurangan nilainya disebabkan kos pengurusan ditolak dari harta "anak yatim".

Dapatkan nasihat percuma anda bersama perunding kami. Memartabatkan pewarisan secara mudah, Syarak dan komprehansif.




EmoticonEmoticon