Celik Pusaka

Rakan Pewarisan Komprehensif Patuh Syarak Anda

MENGAPA PUSAKA ISLAM TIDAK DITUNTUT?

Image result 
Apabila berbicara pusaka, kebanyakkan orang Islam di Malaysia tidak mempedulikannya kerana faktor takut mati atau belum bersedia untuk mati. Kadangkala apabila ditanya "sudah uruskan pusaka?" maka dijawabnya dengan nada sinis "saya belum nak mati".

Persoalannya, kita tahu tarikh dilahirkan tetapi siapa tahu tarikh kita mati?

Begitulah ujian manusia di dunia ini, kematian adalah suatu kerahsiaan bagi setiap insan. Dunia tempat menanam dan akhirat tempat menuai. Insan manakah atau manusia manakah yang baik amalannya di dunia dahulu akan diperiksan oleh Tuhannya, ganjaranya pasti Syurga.

Antara penyebab lain yang boleh disenaraikan :

1. Waris-waris tidak tahu hukum-hakam. Keberangkalian untuk mereka makan harta anak yatim sangat besar apabila pemilik harta tidak mengajar anak-anak dan isteri berapa bahagian masing-masing perolehi pusakanya.

2. Waris-waris keliru dengan proses penuntutan. Proses yang melibatkan Pejabat Pusaka Kecil dan mahkamah merupakan proses yang sangat bersifat taknikal. Borang-borang, geran tanah, penyata dan dokumen-dokumen yang tentu sekali tidak pernah dilihat oleh waris-waris kita.

3. Kos yang mahal. Kita mungkin ada harta tetapi waris-waris belum tentu ada harta. Harta-harta yang kita tinggalkan menjadi beban waris untuk menuntut. Proses-proses yang memayahkan membolehkan pihak peguam atau syarikat amanah mengenakan kos yang tinggi. Akta Probet dan Pentadbiran membolehkan pihak yang membantu boleh mengenakan cas sehingga 5% dari nilai harta semasa. Itu belum kos pihak ke-3.

4. Wasiat yang memudaratkan. Seringkali kita mendengar wasiat tetapi tidak mengetahui fungsi wasiat. Lumrah di Malaysia wasiat meyelesaikan semua pusaka. Bagi orang Islam, wasiat hanya terpakai untuk pemberian selain waris-waris seperti selain anak-anak dan selain isteri. Wasiat juga tidak melebihi 1/3 harta.

5. Adat yang bertentangan syarak. Kadangkala kita mendengar untuk uruskan pusaka hendaklah selesai 3 kali tahlil atau menyelesaikan pusaka setelah tanah kubur tidak merah lagi sedangkan pusaka perlu diselesaikan segera. Bukan bermaksud di atas kubur pembahagian perlu dilakukan tetapi pulang dan berkumpul di rumah seterusnya berbincang bersama.

Jika kita mempunyai harta dan tidak mahu harta-harta itu menjadi sebab perbalahan waris-waris maka bersedialah semasa hidup. Apabila sudah mati, harta-harta itu akan dikembalikan kepada tuannya asal dan pembahagian mengikut ketetapan yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran.


EmoticonEmoticon